Wednesday, October 08, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 2/2014, KEDAH - PERJUMPAAN ATLET DAN JURULATIH (24 SEPTEMBER 2014)


Sukan : Memanah
Tarikh : 24 September 2014
Tempat : penginapan di UUM, Sintok
Program : Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2014, Kedah
Masa : 9 - 11 malam


Kehadiran :
1. En. Zainuddin bin Talib
2. Zulaikha binti Husin
3. 9 org atlet


LAPORAN :

- Membincangkan masalah yang dihadapi semasa latihan dan kejohanan yang dihadapi. Post morterm dibuat bagi menilai tahap kelemahan yang sering berlaku semasa kejohanan. Atlet masih tidak menunjukkan perubahan untuk memberi aksi yang terbaik di dalam kejohanan.

- Diberi tumpuan kepada atlet lelaki yang merundum pada tahun ini, perubahan atlet akan di buat bagi mencari atlet yang baru bagi menggantikan atlet lama yang tidak menunjukkan prestasi yang baik.

- Masalah atlet yang kurang menjalani latihan akan dikeluarkan dalam program Pelapis Melaka dan pemilihan yang akan dipilih akan datang akan diperketatkan bilangan atlet yang berkualiti sahaja.

- Atlet yang masih di dalam program pelapis Melaka telah diberi amaran agar lebih berusaha dalam latihan bagi mencapai sasaran yang dikehendaki.

- Kekurangan atlet dalam acara Kat I akan diberi keutamaan pada tahun 2015. Sasaran mata bagi melepasi Kat I adalah 1150 mata.

Sekian,


--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

No comments:

Post a Comment