Wednesday, April 17, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG (16 APRIL 2013)

Tarikh : 16 April 2013 (Selasa)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat
Masa : 6.00 petang
Kehadiran : JSM, Pembantu jurulatih sementara (AJK Persatuan), atlet 28 orang

LAPORAN

Latihan dikendali oleh JSM dan 2 orang sukarelawan AJK Persatuan yang berkelayakan bagi memastikan atlet menjalani latihan sempurna bagi menghadapi Kejohanan NAG ke 49 hari Khamis ini di Pusat Akuatik Bukit Jalil sehingga Ahad ini.

Pengambilan bagi JLN baru masih di dalam proses selepas JLN lama meletakkan jawatan pada Mac lepas.

Atlet menjalankan latihan mengikut jadual dan program sedia ada.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN AUDIT PROGRAM PENGURUS KE USPTN MELAKA BAGI SUKAN WUSHU (9 APRIL 2013)

Tarikh : 9 April 2013 (Selasa)
Tempat : SJK (C) Cheng, Melaka
Masa : 8.00 malam
Kehadiran : Pegawai MSN, Ketua Unit USPTN Melaka, SDO, Setiausaha Persatuan, JLN, JSM, Atlet seramai 29 orang

LAPORAN

Pemantauan oleh Pegawai daripada Majlis Sukan Negara telah dijalankan bermula dari hari Isnin hingga Rabu di semua premis latihan negeri di Melaka bagi memastikan kelancaran latihan disamping mengenalpasti masalah yang dialami di semua pusat latihan negeri.

Pihak persatuan dan pentadbiran USPTN Melaka menyambut baik kedatangan beliau dan memantau ke semua PLN di negeri ini.

Semasa pemantauan dijalankan, atlet- atlet Wushu negeri Melaka sedang bertungkus lumus bagi persiapan ke Kejohanan Wushu KPM yang akan diadakan di Ipoh, Perak dan dijangka berlepas pada 12 April ini.

Pemantauan berakhir sekitar jam 9.30 malam.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu

Tuesday, April 16, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING (12 APRIL 2013)

Sukan : Boling
Tempat : MiBC, MiTC Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 12 april 2013
Masa : 8.30 mlm

Kehadiran :
1 JSM, 16 atlet USPTN dan 8 atlet interstates Melaka.

Program :
1. Mengadakan Roll Off atlet USPTN bagi memilih utk kejohanan Sportexcel KL leg 2013 yang akan diadakan pada 25 hingga 28 April 2013 bertempat di Endah perade, KL

2. Latihan Interstates Melaka yang akan menyertai Kejohanan Interstates pada 15 hingga 19 April 2013 di Sunway Pyramid, Selangor. Seramai 7 atlet USPTN terpilih mewaklil Melaka.

3. Perjumpaan Persatuan bersama atlet interstates di tempat Persatuan Boling Melaka.

Sekian,



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 07, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING (26 MAC 2013)

Sukan : Boling
Tempat : MiBC Ayer Keroh Melaka
Tarikh : 26 Mac 2013
Masa : 5 ptg

Kehadiran :
1 JSM , 14 Atlet (5w & 9L)

Latihan berjalan dengan baik. Atlet baru yang telah dipanggil kini telah menjalani latihan di bawah bimbingan JSM.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING (2 APRIL 2013)

Sukan : Boling
Tempat : MiBC Ayer Keroh Melaka
Tarikh : 2 april 2013
Masa : 5.15 ptg

Kehadiran :
1 JSM, 16 atlet (5w & 11 L)

Latihan kini diambil alih Jurulatih Sambilan iaitu En. Amri Ahmad sehingga Jurulatih Penuh Masa yang baru akan dilantik.

Beberapa Atlet baru dipanggil bagi menjalani latihan terutama atlet wanita.

Prestasi atlet akan dinilai melalui Roll Off yang akan dilaksanakan setiap hari rabu dan pemilihan atlet untuk menyertai Kejohanan Sportexcel akan dipilih melalui Roll Off tersebut.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 06, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (5 APRIL 2013)

Tarikh : 5 April 2013 (Jumaat)
Tempat : SJK (C) Wen Hua, Batu Berendam
Masa : 7.30 malam
Kehadiran : JSM, Setiausaha persatuan, pembantu JSM, Atlet ( 10 wanita, 13 Lelaki)

LAPORAN

Pemantauan di pusat latihan B di SJK (C) Wen Hua dijalankan oleh JSM, Chai Chin Chai selain pusat latihan utama di SJK (C) Cheng. Latihan dijalankan seperti biasa dan ketika pemantauan dijalankan, PPN ditemani oleh setiausaha persatuan bagi sesi pengenalan bersama JSM dan pelapis B.

Latihan hari ini memfokuskan kepada atlet yang terpilih untuk kejohanan wushu KPM di Ipoh Perak pada 12 hingga 15 April ini. Kehadiran atlet memuaskan ketika pemantauan dijalankan.

Sekian.

Disediakan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG (4 APRIL 2013)

Tarikh : 4 April 2013 ( Khamis )
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat
Masa : 5.30 petang
Kehadira : JSM, Ahli Persatuan (Pembantu jurulatih), atlet ( 16 wanita, 17 lelaki)

LAPORAN

Persiapan bagi menghadapi kejohanan NAG ke 49 di Bukit Jalil pada 19 hingga 21 April ini. Latihan dibahagikan kepada 2 kumpulan A (elit - dipantau oleh pembantu jurulatih sementara ) n B (Baru - JSM) dengan rutin latihan 4 stroke.

Dimaklumkan berlaku perubahan JLN baru kerana perletakan jawatan JLN, proses pengambilan JLN baru sedang dipergiat dan atlet dilatih sementara oleh bekas perenang negeri Melaka. Atlet memberikan potensi yang baik dan mengikut disiplin sedia ada.

Sekian.

Disediakan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Renang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 05, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PERAHU LAYAR MELAKA SEMPENA SUKAN AIR HARI PENJAWAT AWAM (30 MAC 2013)

PEMANTAUAN SUKAN PERAHU LAYAR MELAKA SEMPENA SUKAN AIR HARI PENJAWAT AWAM 

Tarikh   :  30 Mac 2013 ( Sabtu )
Masa     : 12.00pm
Tempat : Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Linggi, Melaka.

KEHADIRAN

1. TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka
2. Ketua Menteri Melaka
3. Datuk SUK Melaka
4. Ketua-ketua Jabatan
5. Agensi-agensi yang terlibat
2. Atlet Perahu Layar - 10 Atlet , 9 Atlet (L) , 1 Atlet (P)

Atlet mengadakan pertunjukan (demo) perahu layar pada Sukan Air Sempena Hari Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka. Seramai 10 atlet terlibat pada hari tersebut.
Seramai 2 atlet mengalami kecederaan kecil pada tapak kaki dan SDO pada waktu tersebut meminta bantuan pihak medic( Jabatan Pertahanan Awam Melaka, JPAM).Setelah merawat, 2 atlet tersebut segera di kejarkan ke Hospital Londang, Melaka oleh bantuan pihak JPAM untuk rawatan selanjutnya.
Beberapa atlet menghadapi persiapan untuk ke Kejohanan 2nd KFC-Perak Open Regatta 2013 iaitu pada 19-21 April depan.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Perahu Layar USPTN Melaka

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (27 MAC 2013)

PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT MELAKA

Tarikh   :  27 Mac 2013 ( Rabu )
Masa     : 6.00pm
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat Majlis Sukan Negeri Melaka, Jalan Ayer Leleh, Melaka.

KEHADIRAN

1. Muhammad Zaidi Abd. Kadir - JSM
2. Muhammad Yudzaime Mohd. Yunus - JSM
3. Atlet - 3 Atlet lelaki

Latihan yang dijalankan adalah Snatch, Clean and Jerk, Back Squat.
SDO telah menyerahkan kapur magnesium carbonate yang dimaklum telah habis kepada jurulatih untuk digunakan bagi latihan atlet. Program After School untuk sukan angkat berat dijangka dan dibincangkan iaitu akan di jalankan di sekolah di daerah Jasin, Melaka. Latihan berjalan dengan baik. Kehadiran agak merosot dan tidak memuaskan. Atlet Muhd. Naqqiuddin Jaafar mengikuti program pelapis Serantau di Akademi Serantau Johor dan telah berpindah ke Akademi Serantau Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Angkat Berat USPTN Melaka