Wednesday, October 08, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (7 Oktober 2014)

Sukan : Memanah
Tempat : Lapangsasar Memanah Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 7 Oktober 2014
Masa : 4.45 ptg


Kehadiran :
1. Coach zainuddin bin Talib (JPM)
2. 7 Orang Atlet (4 wanita dan 3 lelaki)


Laporan :

- Atlet masih belum hadir latihan. Dimaklumkan atlet hadir lewat menjalani latihan pada hari ini. Pada sesi pagi hanya 3 orang atlet sahaja yang hadir menjalani latihan.

- Beberapa atlet baru telah memulakan latihan di Pusat latihan di bawah Program penggalakan Sukan (PPS) di jurulatih Cik Zulaikha binti Husin (JSM).

- Jurulatih memaklumkan kini beliau sedang membuat persiapan bagi menyertai Kejohanan Memanah Kebangsaan sirkit 2, Perlis 2014 yang akan diadakan pada 18 hingga 23 Oktober 2014 di Kangar, Perlis. Cadangan akan membawa atlet seramai 7 orang dalam acara recurve dan 2 orang dalam acara compound.

- membincangkan mengenai peralatan baru yg dibekalkan oleh Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara bagi program di bawah umur 12 tahun. Ada 4 set bow basic yang telah dibekalkan. Pengagihan bagi atlet yang baru berpotensi untuk diketengahkan pada tahun 2015.

- latihan lebih tertumpu pada kelemahan yang amat ketara semasa di Kejohanan Remaja Kebangsaan sirkit 2, Kedah 2014 yang telah berlangsung pada 22 hingga 26 September 2014. Prestasi atlet semasa kejohanan tersebut amat mengecewakan kerana tidak menunjukkan tahap sebenar. Kelemahan atlet pada jarak 90m dan 70m.


Sekain.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment