Tuesday, May 19, 2015

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM MALAYSIA KE 57 DAN TALENT SCOUTING (14 MEI 2015)

Tarikh : 14 Mei 2015 (Khamis)
Tempat : Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka
Masa : 3.30 petang


LAPORAN

Kejohanan Olahraga MSSM Malaysia Ke 57 telah dijalankan pada 10 hingga 14 Mei 2015 di Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka dengan penyertaan 16 buah negeri dari seluruh Malaysia. Atlet Melaka telah menghantar seramai 37 atlet lelaki dan 31 atlet perempuan pada siri kejohanan kali ini.

Kontinjen Melaka berada di tempat ke 8 keseluruhan dengan memungut 5 Emas dan 3 Perak. Pingat emas pertama negeri Melaka disumbangkan oleh Muhammad Aiedil bin Sa'adun dalam acara 100m Lelaki (15 tahun) dengan catatan masa 11.10s dan emas kedua disumbangkan oleh Khairul Hafiz bin Jantan dalam acara 100m Lelaki (18 tahun) dengan catatan masa 10.69s. Manakala pingat perak disumbangkan oleh Asnawi bin Hashim dengan catatan masa 10.81s. Turut dijalankan talent scouting oleh pihak persatuan dan jurulatih negeri Melaka untuk diserap masuk ke dalam program USPTN.

Majlis penutupan dijalankan pada 14 Mei 2015 selepas acara kemuncak 4x400m lelaki dan wanita oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.

KEPUTUSAN PENUH MSSM OLAHRAGA KE 57, MELAKA 2015
    PasukanEPGJum
    SARAWAK19111343
    SABAH10111031
    TERENGGANU104418
    KUALA LUMPUR103720
    KEDAH89926
    SELANGOR851225
    JOHOR7111634
    MELAKA5308
    PERAK47617
    NEGERI SEMBILAN35412
    PERLIS3238
    PULAU PINANG2507
    PAHANG18312
    KELANTAN15511
    LABUAN0112
    PUTRAJAYA0101
(Ihsan daripada AJK MSS Melaka, http://mssmelaka.net/index.php?limitstart=5 )

Sekian.

No comments:

Post a Comment