Thursday, October 02, 2014

LAPORAN PENCARIAN BAKAT BARU (TID) SUKAN MENEMBAK HARI 1 /2014 (1 OKTOBER 2014)

Tarikh : 1 Oktober 2014 (Rabu)
Tempat dan Masa : Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh (9.00 pagi)
                                    Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang (10.00 pagi)
                                    Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang (11.00 pagi)


LAPORAN

Pencarian bakat sukan menembak negeri Melaka sedang giat dijalankan di sekolah-sekolah terpilih yang berhampiran dengan Lapangsasar Menembak Ayer Keroh yang membabitkan 12 buah sekolah.

Umur yang disasarkan ialah murid tahun 6 dan pengambilan atlet dijalankan oleh penyelaras sukan, JPM dan pengurus lapangsasar berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh jurulatih mengikut jadual yang telah diedarkan di semua sekolah terpilih.

Kerjasama yang diberikan pihak sekolah setakat ini sangat memberangsangkan  dengan pembabitan GPK KoKu sekolah secar terus dan membantu pihak MSN Melaka dalam proses pemilihan atlet.

Pencarian ini khusus dijalankan untuk mencari pelapis baru sukan Menembak negeri Melaka untuk masa hadapan bagi kejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh pihak kebangsaan juga Majlis Sukan Negara.

Murid yang dipilih akan menjalani ujian saringan seperti timbangan berat, ukur tinggi dan beberapa soalan yang telah disediakan oleh jurulatih dan murid yang terpilih akan menyertai Program Talentspot yang dijangka berlangsung pada penghujung Oktober ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment