Wednesday, July 24, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (23 JULAI 2013)

Sukan : Memanah
Tempat : Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 23 Julai 2013
Masa : 6.30 petang

Kehadiran :

- 1 JPM
- 1 JSM
- 3 Atelt (2W & 1 L)


Laporan pemantauan Latihan Pusat Latihan Memanah telah diadakan bertempat diLapang Sasar Memanah, Ayer Keroh Melaka pada 23 Julai 2013 jam 6.30 petang. Pada pemantauan ini kedua-dua  Jurulatih En Zainuddin Talib (JPM) , Cik Nor Fazlin bin Husin (JSM) berada di tempat latihan. Kehadiran atlet tidak memuaskan. Kehadiran Atlet pada bulan Ramadhan tidak menentu tidak hadir atas alasan berpuasa. Latihan berjalan dengan lancar dan peralatan latihan yang dibekalkan oleh Cawangan Pelapis telah diberikan kepada jurulatih untuk diberikan kepada atlet baru yang berpotensi untuk meningkat.

Sekian.

--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

Friday, July 19, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TENPIN BOLING (17 JULAI 2013)


Sukan : Boling
Tempat : MiBC Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 17 Julai 2013
Masa : 5.30 ptg

Kehadiran :
1 JSM
8 atlet (4L & 4W)

Sempena Hari Ramadhan ini latihan boling USPTN dijalankan seperti biasa dengan menjalani latihan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Hanya masa diawalkan bermula pada jam 4.30 - 6.30 petang. Latihan pada Bulan Puasa ini hanya diberi latihan ringan dan tidak terlalu membebankan atlet dalam sesi latihan disamping atlet menunaikan ibadat puasa.

Beberapa Atlet telah memohon penangguhan latihan dan menyertai kejohanan bagi menumpukan dalam pelajaran kerana akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM dalam masa terdekat.

Pada 29 hinggan 31 Ogos USPTN Melaka akan menyertai SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC JUNIOR CIRCUIT - PENANG LEG yang akan diadakan di Seberang Perai, Pulau Pinang. Seramai 8 atlet sahaja yang akan menyertai Kejohanan tersebut.

Setakat 5 sirkit yang telah disertai Oleh Atlet Melaka seramai 4 orang atlet sahaja yang kini dalam kelompok yang akan layak ke GP Final mengikut kategori masing-masing. 

Sekian, 


Wednesday, July 17, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG (16 JULAI 2013)

PEMANTAUAN PLN AKUATIK - RENANG

Tarikh : 16 Julai 2013 ( Selasa)
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Masa : 5.30 pm
Kehadiran : JLN, JSM, Atlet ( Lelaki 13, Perempuan 12)

LAPORAN

Ketika pemantauan dijalankan, latihan sedang giat dijalankan dibawah seliaan JLN baru, En. Wang Ligeng yang menggantikan JLN sebelum ini En. Pan Zilun yang telah menamatkan kontrak beliau bulan Mac yang lalu. JLN tersebut telah menjalankan latihan selama seminggu bermula pada 1 Julai yang lalu dan turut dibantu oleh JSM dan beberapa sukarelawan daripada ahli persatuan.

Program yang diberikan juga dipelbagaikan kepada atlet-atlet dan JLN tersebut sedang dalam proses penyesuaian atlet dan persekitaran. Untuk makluman, JLN tersebut berasal daripada Hebei, China.

Di bulan Ramadhan ini, latihan tetap dijalankan seperti biasa namun diberikan sedikit kelonggaran kepada atlet muslim di mana mereka dibenarkan untuk menamatkan latihan pada jam 6.00 petang setiap hari.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Akuatik - Renang

Saturday, July 06, 2013

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA SIRKIT PELAPIS ZON SELATAN 2013

Tempat: SMK Seri Kota, Melaka
Tarikh: 6 Julai 2013

Laporan:

Kejohanan Olahraga Sirkit Pelapis Zon Selatan 2013 bertempat d SMK Seri Kota, Melaka dengan penglibatan dari negeri Melaka (22 atlet) sebagai tuan rumah, negeri Sembilan (21 atlet), negeri Johor (16 atlet) dan Sekolah Sukan negeri Melaka, SMK Seri Kota, Melaka (21 atlet).

Seramai 81 atlet mengambil bahagian dalam 8 acara yang dipertandingkan. Acara 100m, 110m berpagar, 100m berpagar wanita, 1500m, Lontar Peluru, Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Lompat Kijang.

Kejohanan ini dilaksanakan dengan bantuan 7 pegawai teknikal dan 4 urusetia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.