Monday, October 20, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (PPS) 18/10/2014

Sukan  : Memanah
Tempat : Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh, Melaka
Tarikh  :  18 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa   : 10.00 pagi


KEHADIRAN : 
- Cik Zulaikah binti Husin  (JSM) Program Penggalakkan Sukan
- Atlet :  8 orang



LAPORAN :

- Latihan sesi pagi dijalankan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

- Perjumpaan Bersama Jurulatih Cik Zulaikah binti Husin (JSM) mengenai bengkel jurulatih iaituProgram Penggalakkan Sukan (PPS) yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

PROGRAM : BENGKEL JURULATIH PPS
TARIKH : 19 OKTOBER - 21 OKTOBER 2014
TEMPAT : HOTEL PEARL INTERNATIONAL, JALAN KLANG LAMA, KUALA LUMPUR  

Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk menghimpunkan semua jurulatih dibawah Program Penggalakan Sukan (PPS) serta penerangan hala tuju Program PPS ini.

- Buat sementara ini Latihan Program Pengggalakkan Sukan Memanah dijalankan di Pusat Latihan Memanah Ayer Keroh, Melaka memandangkan jurulatih masih baru dan perlu mempelajari program latihan bersama Ketua Jurulatih Penuh Masa (JPM) iaitu En. Zainuddin bin Talib yang melatih atlet di bawah Program Pelapis Memanah Negeri Melaka.

- Peralatan yang baru diterima daripada Cawangan Pelapis masih tidak mencukupi untuk menampung atlet baru bagi menjalani latihan harian.

- Program Latihan hari ini lebih menggunakan tali getah untuk mempelajari teknik asas dalam sukan memanah.


Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment