Tuesday, October 28, 2014

LAPORAN HARI KEDUA KEM MENEMBAK PROGRAM T'20 (28 OKTOBER 2014)

Tarikh : 28 Oktober 2014 (Selasa)
Tempat : Lapangsasar Menembak Gong Kuin, Terengganu

LAPORAN

Aktiviti bermula seawal jam 6.30 pagi dengan berjalan menuju ke lapangsasar dan perhimpunan pagi beserta nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Seterusnya senaman regangan diketuai oleh jurulatih En.Azmi.

Sedikit taklimat program disampaikan oleh jurulatih En.Baharuddin dan telah membahagikan kumpulan atlet kepada jurulatih-jurulatih sedia ada untuk berkongsi ilmu dalam sesi yang merangkumi ;

1. Safety& rules latihan asas Position"

2. Latihan asas Holding

3. Latihan asas Trigger & Follow Through

Aktiviti petang telah diambil alih oleh ISN Terengganu bagi latihan fizikal dan mengenalkan atlet kepada suaian latihan 'super circuit'.

Sesi malam diteruskan dengan ceramah berkenaan Nutrition oleh ISN Terengganu dan berakhir pada jam 10.00 malam.

Sekian.

No comments:

Post a Comment