Sunday, April 24, 2011

Kejohanan Piala Ketua Menteri 2011(sukan berbasikal)

Melaka telah menganjurkan Kejohanan Piala Ketua Menteri 2011(sukan berbasikal) pada 23-24 April 2011 Di Melaka. Seramai 85 peserta dari 17 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Pasukan Suren(Iran) telah menjadi johan dan peserta malaysia telah mendapat tempat ke-4.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kejohanan Piala Ketua Menteri 2011(sukan berbasikal)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, April 23, 2011

Pemantauan Pusat Latihan Menembak USPTN Melaka

Masa:4.30ptg
Tempat: Lapang Sasar Menembak, Ayer Keroh

Laporan:

Sesi latihan menembak bagi acara Air Riffle 50 M. Seorang atlet wanita memaklumkan kepada KU bahawa peralatan 'scope' telah rosak semasa sesi latihan. Selepas sesi latihan, ada sedikit perbincangan antara atlet dan Jurulatih mengenai prestasi atlet masing-masing. Hope next time...lebih baik pada sesi latihan akan datang. Hanya 3 senjata air riffle sahaja digunakan bagi sesi latihan ptg ini.

Thursday, April 21, 2011

Perjumpaan dan Pemantauan PLN Oaharaga(21.4.2011)

Kehadiran seramai 15 atlit dan 6 atlit terlibat latihan MSSM.kahadiran jurulatih dan perjalanan latihan memuaskan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 20, 2011

Kejohanan Memanah Kebangsaan 1Malaysia Universiti Utara Malaysia 2011

 

 

 

LAPORAN

KEJOHANAN 1MALAYSIA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, KEDAH

 13-17APR 2011

Majlis sukan Negeri bersama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka telah menyertai Kejohanan Memanah Terbuka Universiti Utara Malaysia pada 13-17 Mei 2011 bertempat di Sintok,Kedah Darulaman.

 

Penyertaan Kontinjen Melaka adalah seramai 14 atlet, 2 jurulatih dan 2 pegawai. Kejohanan tersebut akan disertai sebanyak 16 buah Negeri dan kelab melibatkan seramai 200 peserta keseluruhan. Kejohanan tersebut juga disertai oleh atlit Kebangsaan iaitu Elit Kebangsaan, Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau, Majlis Sukan Negara serta Angkatan Tentera Malaysia. Negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam acara recurve dan compound.

 

Peningkatan pemanah compound Melaka dalam kejohanan ini amat baik apabila dalam acara compound wanita bertiga iaitu Ong Min Min, Nor Zulaika  Zainuddin dan Nuruziannah Junaidi telah menduduki tempat keempat apabila tewas diseparuhakhir dengan pasukan ATM A dan penentuan tempat ketiga/keempat tewas kepada pasukan UITM manakala pemanah pasukan lelaki yang diwakili oleh Muhd Juwaidi Marzuki, Muhammad Fazreen Fadzly dan Nur Muhd Faiz Aziz tewas diperingkat sukuakhir dengan pasukan ATM A

 

Dalam acara recurve yang melibatkan atlit pembangunan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka masih lagi tidak menunujukkan taring sebenar apabila pencapaian terbaik pemanah recurve hanya  menduduki ranking ke 16 yang diwakili oleh Atiqah binti Aziz dalam acara pusingan OLIMPIK apabila tewas kepada atlet yang lebih hebat dari pasukan Pelapis Serantau,manakala Nor Ain Husin,Nur Shaqinah Zainal serta Emy Mas Edayu  Ishak juga tewas kepad atlet yang lebih berpengalaman.

Bagi  acara recurve lelaki rata-rata  pasukan Melaka membariskan atlet Pelapis Negeri iaitu Nor Alif Jaib,Muhd Zainurrin Zainuddin,Ahmad Farid Rasdi dan Mohd Faiz Ramlan yang agak kurang pengalaman bertanding di kejohanan terbuka dimana sasaran utama atau matlamat untuk mencapai kejayaan pada Sukan Malaysia di Pahang 2012 nanti.

 

Banyak perkara yang dapat diterapkan serta dipelajari oleh pemanah-pemanah Melaka antaranya mempertingkatkan semula tahap kesediaan para atlet, terutamanya dari aspek fizikal yang merangkumi daya ketahanan dan kecergasan dalam menghadapi pertandingan format Double 70M serta ketahanan para atlet dalam mempersiapkan diri menghadapi Kejohanan Pelapis Negeri sirkit 1/2011 peringkat kebangsaan yang kan diadakan pada 10 hingga 15 Mei 2011 di Kota Bharu, Kelantan yang hanya mempertandingkan dalam acara recurve (Format Single FITA). Atlit juga perlu memantapkan keyakinan jati diri terutamanya keupayaan atlet untuk menanam semangat juang dan daya saing yang tinggi dalam menghadapi sesuatu pertandingan serta menimba pengalam berguna dalam sukan mereka.


Laporan oleh: En. Lutfi bin Asiman

Monday, April 18, 2011

Kejohanan Tenpin Boling MSS Malaysia 2011

Tempat : MIBC Ayer Keroh Melaka
Tarikh : 18 -24 April 2011

Kejohanan Tenpin Boling MSS Malaysia 2011.


Saturday, April 16, 2011

Friday, April 15, 2011

47th Milo/Pram National Age Group Water Polo Championship 2011( first day)

Tarikh Kejohanan: 15 -17 April 2011
Tempat: Pusat Akuatik Hang Jebat Melaka

Seramai 7 pasukan lelaki dan 3 pasukan wanita telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Pasukan jemputan,indonesia juga mengambil bahagian. Tiga ketagori ditandingkan ,bawah 16thn lelaki,bawah 21 thn lelaki dan wanita terbuka.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone