Tuesday, April 21, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (17 APRIL 2015)

Sukan :  Menembak
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Tarikh :  17 April 2015 (Jumaat)
Masa  :  5.00 ptg


KEHADIRAN :
- Tuan Hj Ismail bin Abdol Jalil (Pengarah)
- En. Lutfi Asiman (PPN)
- Asri Rahim (MSN Melaka)
- En. Subari (JPM)
- En. Maidin  (JSM)
- 11 Atlet

LATIHAN
1. Latihan air rifle dan air pistol menggunakan scatt.
2. Dry fire menggunakan pemberat yang direka oleh jurulatih untuk atlet pistol

UJIAN
- TIADA-

PERTANDINGAN
- Akan menyertai Pertandingan Menembak Tun Tan Siew Sin Trophy 2015 pada 14-17 Mei 2015 di Lapangsasar Subang, Selangor.

KECEDERAAN
 1) Atlet Mohd Sharul tiba-tiba rebah selepas tembakan terakhir akibat kekejangan kaki kiri kesan kemalangan yang baru menimpa beliau sebulan yang lalu.

PERALATAN
1) Perlu mendapatkan bantuan bagi membaiki senjata.

PROGRAM BINAAN
1) Tiada

ULASAN
- Lawatan bersama pengarah MSN Melaka di PLN Menembak meninjau kerja-kerja baikpulih lapangsasar menembak yang sedang dijalankan.

-  Pemantauan bagi kerja-kerja pemasangan jeriji besi, pagar keselamatan dan penghadang laluan lapang sasar menembak yang telah hampir siap. Ada beberapa kesilapan kerja-kerja yang dijalankan perlu diperbetulkan semula iaitu pintu gerigi di 10M dan penghadang laluan utama.
- Membincangan mengenai kebocoran di bumbung lapangsasar mengakibatkan air memasuki range 10m.
- Membincangkan Kerosakan di range 25m dan 50m yang perlu dibaiki segera disebabkan keadaan range yang terlalu uzur dan tidak boleh digunakan lagi. Pengarah meminta penilaian daripad pihak JKR Melaka dibuat dan meminta permohonan peruntukan baikpulih kerosakan tersebut dipanjangkan ke Bahagian Pengurusan Harta dan Kemudahan, Majlis Sukan Negara Malaysia.
- Perbincangan bersama JPM berkenaan Kejohanan  Menembak Tun Tan Siew Sin Trophy 2015 pada 14-17 Mei 2015 di Lapangsasar Subang, Selangor.


Sekian. Terima kasih

LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

No comments:

Post a Comment