Monday, April 27, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SIRKIT SKUASY JELAJAH MALAYSIA (SSJM) DAN AZLAN ISKANDAR SQUASH ACADEMY JUNIOR MELAKA CLOSED 2ND LEG 2015 (24 APRIL 2015)

Tarikh : 24 April 2015 ( Jumaat)
Masa : 5.30 petang
Tempat : Gelanggang Skuasy Hang Jebat, Krubong Melaka

LAPORAN

Satu Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah bagi Kejohanan Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) dan Azlan Iskandar Squash Academy Junior Melaka 2nd Leg 2015 telah dijalankan baru-baru ini di Gelanggang Skuasy Hang Jebat Krubong bermula 21 hingga 24 April 2015.

Kategori yang dipertandingkan ialah lelaki dan wanita bawah 19, 13 dan 9 tahun. SSJM ini merupakan sirkit kebangsaan yang disertai oleh pemain profesional dan AISA Junior Melaka Close merupakan sirkit peringkat negeri yang dikelolakan oleh Persatuan Skausy Melaka bersama Sportspin Event and Athlete Management Sdn Bhd.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah MSNM, Hj. Ismail bin Abdol Jalil dan diiringi oleh Ketua Unit USPTN, En Mohammad Zaki bin Zainal Abidin dan Naib Presiden Persatuan Skuasy Melaka, En. Mohd Asrin b Salikin.

Sekian.

No comments:

Post a Comment