Thursday, April 09, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT / PEMBERSIHAN / PEST CONTROL (8 APRIL 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN


Tarikh : 8 April 2015 (Rabu)

Masa : 1.00 tengah hari

Tempat : Pusat Latihan Negeri Angkat Berat, Ayer Leleh

Kehadiran :  PPN (Hafiz dan Lutfi)
                    Ketua Pembantu Tadbir
                    Petugas Pembersihan
                    Penjaga Dewan
                    Pekerja Pest Control



ULASAN

1. Proses membuat lubang untuk mengisi ubat membasmi anai-anai di sekitar PLN oleh 3 orang pekerja pest control.

2. Mengadakan kerja-kerja pembersihan PLN (vacum karpet) seperti yang diarahkan oleh Pengarah sebagai persediaan awal lawatan ke venue latihan negeri oleh Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan Negeri Melaka pada hari Isnin (13 April 2015) sempena merasmikan van baru MSNM. Kerja-kerja pembersihan dibantu oleh petugas pembersihan MSNM dan penjaga dewan. 

3. Dimaklumkan, gotong-royong secara keseluruhan PLN akan dijalankan pada hari Sabtu (11 April 2015) oleh atlet dan jurulatih sebagai persiapan terakhir sebelum lawatan sebenar.

4. Berbincang dengan Ketua Pembantu Tadbir berkenaan kaedah pembelian barang runcit seperti kipas dinding, karpet dan cat seperti yang dipohon jurulatih untuk memperindahkan PLN.

Sekian.

No comments:

Post a Comment