Wednesday, April 01, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN SKUASY DAN PERJUMPAAN BERSAMA PERSATUAN / IBUBAPA (31 MAC 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Skuasy

TARIKH : 31 Mac 2015 (Selasa)

MASA : 5.45 petang

TEMPAT : Gelanggang Skuasy Hang Jebat, Krubong

KEHADIRAN :    1. JPM
                         2. JLN MSNM / JLN PERSATUAN
                         3. JSM (2 orang)
                         4. Atlet (22 orang)
                         5. Presiden Persatuan Skuasy Negeri Melaka
                         6. Ibubapa (12 orang)

LATIHAN

1. Match Play
2. Condition Play

UJIAN

1. Ujian kecergasan akan dijalankan pada 3 April 2015 (Jumaat) jam 4.00 petang dengan kerjasama ISN Melaka di Stadium Hang Jebat, Krubong.


PERTANDINGAN

1. 10th CIMB Rising Stars National Junior Circuits - 2nd Leg, Bukit Jalil pada  9 hingga 12 April 2015.

2. 6th CIMB National Junior Circuits - 2nd Leg, Bukit Jalil pada 23 hingga 26 April 2015.


KECEDERAAN
-TIADA-


PERALATAN

1. Dimaklumkan kerosakan teruk pada Court 5 dan 8 oleh anak-anai telah siap dibaiki dan boleh digunakan semula.

2. Dinding pada court 1 dan 3 dimaklumkan telah mengalami kerosakan seperti lubang, dan ibubapa memohon agar perkara tersebut diambil tindakan pihak Perbadanan Stadium Hang Jebat.


PROGRAM BINAAN

1. Kelas Psikologi dicadangkan untuk dijalankan pada 6 atau 7 April 2015 bertempat di PLN Skuasy jam 4.30 petang oleh ISN Melaka kepada atlet sebelum ke Kejohanan 10th CIMB Rising Stars National Junior Circuits - 2nd Leg, Bukit Jalil pada  9 hingga 12 April 2015.

2. Perlawanan Persahabatan PLN Melaka bersama tetamu / atlet jemputan Bawah 17 tahun dari South Africa seramai 14 orang pada 6 April 2015 ini. 


ULASAN

1. Latihan dijalankan seperti biasa dan persediaan ke Kejohanan 10th CIMB Rising Stars National Junior Circuits - 2nd Leg, Bukit Jalil pada  9 hingga 12 April 2015.

2. Merupakan perjumpaan pertama secara rasmi bersama Presiden Persatuan dan ibubapa.

3. Perjumpaan Persatuan yang diwakili oleh Presiden Persatuan Skuasy Negeri Melaka (Mr Andrew Muthu) / MSNM / USPTN bersama ibubapa atlet untuk membincangkan isu-isu semasa dalaman dan luaran juga diberi kesempatan / peluang untuk menerangkan serta memaklumkan kepada semua pihak yang hadir berkenaan program secara asas, khidmat, fungsi dan lain-lain perkara berkaitan.

4. Isu kekurangan court daripada 8 sewaan kepada 6 court untuk menjalani latihan juga turut dimaklumkan memandangkan jumlah atlet yang semakin bertambah. Cadangan untuk diberikan latihan kecergasan mudah (jogging / turun naik tangga / dll) sementara menunggu giliran memasuki court.

5. Presiden Persatuan memaklumkan Mesyuarat AGM Skuasy Melaka 2015 akan diadakan dalam tempoh terdekat dan menjemput pihak berkenaan untuk hadir.

6. Memaklumkan ujian kecergasan yang akan diadakan pada 3 April 2015 oleh ISN Melaka jam 4.00 petang di Stadium Hang Jebat dan cadangan mengadakan kelas psikologi bersama ISN Melaka pada 7 April 2015 di PLN sebelum atlet bertolak ke kejohanan 10th CIMB Rising Stars National Junior Circuits - 2nd Leg, Bukit Jalil pada  9 hingga 12 April 2015.


Sekian.

Laporan Disediakan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Skuasy

Tarikh : 1 April 2015

No comments:

Post a Comment