Tuesday, April 07, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT DAN DEWAN GIMNASTIK / GIMRAMA - PEST CONTROL (6 APRIL 2015)

Tarikh : 6 April 2015 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : PLN Angkat Berat dan Dewan Gimnasium Gimnastik/Gimrama Ayer Leleh
Kehadiran : Pengarah MSN Melaka
                   PPN 
                   Ketua Pembantu Tadbir MSN Melaka
                   Penjaga Dewan MSN Melaka - En .Osman
                   Kontraktor Pest Control - 5 orang

LAPORAN

Pemantauan ke PLN Angkat Berat dan Dewan Gimnasium Gimnastik/Gimrama Ayer Leleh bagi melihat operasi merawat/ mengawal dan membasmi serangan anai-anai yang dijalankan oleh kontraktor yang telah dilantik oleh pihak MSN Melaka.

Pihak kontraktor telah memulakan operasi bermula jam 10.00 pagi dengan membuat lubang di keliling dan dalam bangunan PLN (Angkat Berat dan Dewan Gimnasium Gimnastik/Gimrama Ayer Leleh). 

Pengarah MSN Melaka turut hadir memantau dan melihat sendiri operasi merawat/ mengawal dan membasmi anai-anai yang dijalankan dan berbincang dan dimaklumkan oleh pihak kontraktor berkenaan proses yang akan dijalankan dan keadaan semasa serangan anai-anai tersebut.

Operasi ini hanya akan dijalankan pada sesi pagi bagi tidak mengganggu latihan atlet yang dijalankan pada sesi petang. Pihak kontraktor juga memaklumkan operasi rawatan akan diselesaikan pada minggu ini. 
  
Sekian.

No comments:

Post a Comment