Wednesday, March 25, 2015

LAPORAN PERBINCANGAN / PERJUMPAAN JURULATIH BERSAMA ISN MELAKA BERKENAAN PELAN PERIODISASI SUKAN (23 MAC 2015)


SUKAN : ANGKAT BERAT / OLAHRAGA / SKUASY / LAWN BOWLS / WUSHU

TARIKH : 23 MAC 2015 (ISNIN)

MASA : 3.30 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT, ISN MELAKA

KEHADIRAN :  1) KETUA UNIT ISN MELAKA 
                       2) PEGAWAI SUKAN ISN MELAKA

                       3) PPN - LUTFI BIN ASIMAN

                       4) JSM ANGKAT BERAT (1 ORANG - PPS)

                       5) JSM OLAHRAGA (1 ORANG)
                       6) JPM SKUASY (1 ORANG)

                       7) JSM LAWN BOWLS (2 ORANG)

                       8) JSM WUSHU (2 ORANG - 1 JSM USPTN / 1 JSM PERSATUAN)


LAPORAN

1. Merupakan perbincangan / perjumpaan secara lebih dekat dan sebagai inisiatif PPN dan ISN Melaka kepada jurulatih negeri ini berkenaan perancangan pelan periodisasi / ujian kecergasan dan spesifik mengikut sukan masing-masing dengan bantuan Ketua Unit Satelit ISN Melaka dan pegawai ISN Melaka dan turut dipantau oleh PPN.

2.  Jurulatih berpeluang memahami dan mempraktikkan pelan periodisasi secara lebih spesifik dan terancang dengan perbincangan / perjumpaan dalam kumpulan kecil mengikut sukan di bawah jagaan PPN.

3. Sesi pertama telah dijalankan oleh sukan Pelayaran, Tenis dan Berbasikal pada minggu lepas oleh PPN Mohd Akhbar bin Idris. Sesi berikutnya akan dijadualkan oleh pihak ISN Melaka dan melalui kekosongan jadual latihan sukan jagaan PPN juga akan dipanggil dalam masa terdekat dalam kumpulan kecil untuk memudahkan penyampaian maklumat yang lebih berkesan.

4. Perbincangan / perjumpaan ini telah disambut baik oleh jurulatih yang hadir dan akan diadakan lagi secara berterusan. 

SEKIAN

No comments:

Post a Comment