Saturday, March 14, 2015

LAPORAN BENGKEL PENULISAN BLUEPRINT 2015-2022/2023 FASA 2 (9 HINGGA 11 MAC 2015)

Tarikh : 9 hingga 11 Mac 2015 (Isnin - Rabu)
Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg. Pandan

LAPORAN

Bengkel Penulisan Blueprint 2015 - 2022/2023 Fasa 2 telah dijalankan pada 9 hingga 11 Mac 2015 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg Pandan.  

Bengkel ini bertujuan untuk melaksanakan Pelan Program Latihan Jangka Panjang yang lebih bersistematik untuk dijadikan garis panduan program latihan dari peringkat akar umbi hingga yang tertinggi.

Penyediaan blueprint bagi setiap 19 jenis Sukan Teras ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak iaitu Majlis Sukan Negara bersama dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM),Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).

Bagi bengkel Fasa 2 ini, sebanyak 10 sukan telah dijalankan iaitu Akuatik (Renang Irama), Gimnastik (Artistik & Gimrama), Hoki (Lelaki), Karate, Lawn Bowls, Taekwondo, Tenpin Boling, Tinju dan Wushu. 

Majlis pembukaan dan penutup telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dengan penyerahan blueprint sukan terlibat oleh wakil-wakil moderator pada bengkel kali ini.

Sekian.



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment