Friday, March 13, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN SKUASY (12 MAC 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : SKUASY

TARIKH : 12 Mac 2015 (Khamis)

MASA : 5.45 ptg

TEMPAT
: Gelanggang Skuasy Hang Jebat, Krubong

KEHADIRAN :  1. JPM
                         2. JLN MSNM / JLN PERSATUAN
                         3. JSM (1 orang)
                         4. Atlet (36 orang)

LATIHAN

1. Match Play
2. Condition Play

UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

1. MSSM di Bukit Jalil pada 16 hingga 20 Mac 2015
2. 6th CIMB National Junior Circuit 1st Leg 2015 di Bukit Jalil pada 25 hingga 29 Mac 2015

KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

1. Dimaklumkan kerosakan teruk pada Court 5 dan 8 oleh anak-anai. Court tersebut ditutup untuk dibaiki.


PROGRAM BINAAN

-TIADA-


ULASAN

1. Perbincangan dan perjumpaan bersama ibubapa atlet berkenaan MSSM dan kejohanan-kejohanan yang akan disertai. Ibubapa memaklumkan kerosakan court dan memohon tindakan segera Perbadanan Stadium untuk membaiki kerosakan sedia ada kerana gangguan kepada atlet untuk berlatih.

2. Perbincangan bersama JPM/JLN dan JSM berkenaan perancangan untuk mengadakan klinik skuasy pada tahun ini dan memohon jurulatih untuk segera menyediakan pelan periodisasi seperti yang telah dimaklumkan pada bulan lepas melalui audit PLN yang telah dijalankan.

3. Jurulatih memaklumkan 2 orang atlet Siow Yee Xian (Johan) dan Wang Peng Soon (Naib Johan) bagi Kejohanan Terbuka Remaja Qatar Bawah 15 Tahun pada awal Mac yang lalu.

4. Latihan dijalankn seperti biasa bagi persediaan MSSM dan CIMB National Junior Circuit bermula minggu hadapan.

5. Jurulatih juga memohon agar pihak Perbadanan Stadium membaiki court yang rosak dengan segera dan dibaiki ketika atlet ke kejohanan untuk tidak mengganggu sesi latihan atlet.

Sekian.

Laporan Disediakan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Skuasy

Tarikh : 13 Mac 2015

No comments:

Post a Comment