Thursday, March 26, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (26 MAC 2015)




Tarikh : 26 Mac 2015 ( Khamis)
Masa : 12.20 tengah hari

LAPORAN

Pemantauan dijalankan ke PLN angkat berat yang juga bersebelahan dengan dewan gimnasium yang diserang anai-anai. Kawasan ini juga turut diperiksa sekiranya terdapat serangan anai-anai disekitarnya.

Keseluruhan kawasan telah diperiksa oleh kontraktor berlesen, penjaga dewan dan Ketua Pembantu Tadbir MSNM yang telah diarahkan oleh Pengarah MSNM untuk memeriksa dewan gimnasium dan PLN Angkat Berat. Keputusan pemeriksaan mendapati PLN masih dalam berkeadaan baik. Namun masih terdapat puntung rokok dan kotak rokok dijumpai di bilik rehat atlet di mana menjadi tempat tidur pengawal keselamatan yang bertugas. 

Pagar grill utama PLN angkat berat yang telah rosak akan dibaikpulih dan akan diambil tindakan oleh pihak MSNM dan kontraktor berlesen yang akan dilantik dengan kadar segera untuk menggantikan kunci baru pagar tersebut agar peralatan sedia ada dalam keadaan baik dan selamat.

Sekian.

No comments:

Post a Comment