Monday, September 02, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (29 OGOS 2013)

PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU

Tarikh : 29 Ogos 2013 ( Khamis)
Tempat : SRJK (C), Cheng, Melaka
Masa : 7.00 pm
Kehadiran : JLN, JSM, Atlet ( 16 Orang )

LAPORAN

Ketika pemantauan dijalankan, atlet dan jurulatih memulakan latihan sedikit lewat daripada jadual asal kerana mereka mengemaskan kawasan latihan kerana terdapat beberapa kebocoran dan lantai basah. Latihan dijalankan bermula 7.30 petang dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan rutin asas sebelum berlatih mengikut rutin masing - masing.

Kamera video juga digunakan untuk merekod dan ditunjukkan semula kepada atlet untuk pembaikan teknik pada sesi latihan hari ini.

Atlet kini sedang bersedia untuk menyertai Kejohanan Wushu Kebangsaan yang akan diadakan di Bangunan OCM Tan Sri Hamzah Arena Kuala Lumpur pada 6 hingga 9 September 2013 ini.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Wushu


No comments:

Post a Comment