Monday, September 30, 2013

LAPORAN HARI KEDUA LATIHAN DAN KEJOHANAN DALAMAN BERSAMA USPTN NEGERI SEMBILAN (29 SEPTEMBER 2013)

Tarikh : 29 September 2013 (Ahad)
Tempat : Lapangsasar Menembak Mantin, Negeri Sembilan
Masa : 10.30 pg
Kehadiran : JLN Melaka, JPM Negeri Sembilan, Atlet Melaka dan Negeri Sembilan

LAPORAN

Program pada hari ini berfokus kepada kejohanan dalaman untuk membaiki dan mengenalpasti kelemahan dan potensi bagi setiap atlet yang berlatih selama ini di bawah pusat latihan negeri masing - masing. 

Acara dimulakan dengan Air Pistol dan Rifle Lelaki bermula jam 9.00 pagi dan seterusnya bagi Air Pistol dan Rifle Wanita jam 11 pagi.

Penutup program adalah rangkuman dan proses pengumpulan idea pada sesi perbincangan bersama semua atlet dan JLN, JPM serta SDO untuk melihat semula kelemahan dan kesilapan semasa kejohanan dalaman tersebut dijalankan. 

Sesi bergambar mengakhiri program yang dijalankan selama dua hari di Mantin Negeri Sembilan. Semoga semua atlet dapat mempelajari dan menerima ilmu yang diberikan oleh jurulatih-jurulatih dan mempraktikkan segala tekni dan tektik dalam acara masing-masing.

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Menembak

No comments:

Post a Comment