Monday, September 02, 2013

LAPORAN KEJOHANAN BOLING SPORTEXCEL JUNIOR CIRCUIT PENANG 2013

Tarikh : 30 hingga 31 Ogos 2013
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Kejohanan Bowling Junior Circuit Pulau Pinang 2013 anjuran Malaysian Tenpin Bowling Council (MTBC) pada 28 hingga 31 Ogos 2013 bertempat di Mega Lanes Seberang Perai, Pulau Pinang. kategori dipertandingkan iaitu Boys Graded, Girls Graded, Boys Open dan Girls Open. Skuad Pelapis Melaka telah menghantar seramai 6 orang atlet dalam 4 kategori Boys Open, Girls Open, Boys Graded dan Girls Graded.
Atlet Melaka telah menunjukkan prestasi yang baik apabila Puteri Nurshahira binti Ahmad Shahridzal berumur 14 Tahun telah merangkul kejuaraan dalam kategori Girls Graded dengan 1,036 jatuhan pin (ave. 191.43) mengalahkan Nur Adlina binti Mohd Sabri dari Kedah ke-2 dan Nursyahida binti Harun dari Pahang ke-3 manakala seorang lagi atlet Pelapis Melaka, Nor Amira binti Zainuddin menduduki tempat ke-5. Dalam acara Step-Leader Finals Puteri Nurshahira binti Ahmad Shahridzal telah menewaskan Nursyahida binti Harun dari Pahang.
Dalam Acara Boys Open Melaka hanya menduduki tempat ke-4 oleh Abdul Basit bin Mohamad dengan 1,299 jatuhan pin (ave. 209.71).
Berikut keputusan rasmi pertandingan untuk hari kedua yang melibatkan penyertaan dari skuad Pelapis Melaka

Girl Graded Round 2
1. Puteri Nurshahira binti Ahmad Shahridzal – 1,036 jatuhan pin (Juara/ave. 191.43)
- Juara dalam step ladder Finals.
2. Nor Amira binti Zainuddin – 1,036 jatuhan pin (Ke-5/ave. 177.93)
- tidak menempatkan nama ke pusingan step ladder finals.

Girls Open Round 2
1. Anessa Asyira bt. Abbas – 1,179 jatuhan pin (Ke-8/ave. 184.36)
- tidak menempatkan nama ke pusingan step ladder.

Boys Open Round 2
1. Abdul Basit bin Mohamad – 1,299 jatuhan pin (Ke-4/ave. 209.71)
- tidak menempatkan nama ke pusingan step ladder.

Boys Graded Round 2
1. Muhammad Amirul Hakeem bin Faizal – 1,121 jatuhan pin (Ke-17/ave. 187.21)
- tidak menempatkan nama ke pusingan step ladder.

Sekalung ucapan tahniah kepada semua pemenang yang telah bersungguh-sungguh menunjukkan prestasi yang membanggakan dan kepada yang tewas jangan berputus asa. Anggap kejohanan ini sebagai pembakar semangat untuk kita berjaya pada masa yang akan datang.
Sekian, Terima Kasih.

--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

No comments:

Post a Comment