Tuesday, September 24, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MENEMBAK (12 SEPTEMBER 2013)

PEMANTAUAN PLN MENEMBAK

Tarikh : 12 September 2013 (Ahad)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh
Masa : 5.00 pm
Kehadiran : JLN, Atlet ( 9 Orang )

LAPORAN

Ketika pemantauan dijalankan JLN sedang giat melatih beberapa atlet baru bagi acara air rifle dan air pistol. Program juga diberikan kepada atlet tersebut seperti angkatan botol air berisi pasir dan pumping selepas habis sesi latihan.

Pasukan pelapis bawah 16 tahun juga sedang giat berlatih bagi Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16Tahun yang akan diadakan pada 19 hingga 22 September 2013 di Pulau Pinang. Semoga pasukan pelapis negeri Melaka dapat membawa pulang pingat dan pengalaman berharga di kejohanan tersebut. 

Sekian.

Laporan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Menembak

No comments:

Post a Comment