Wednesday, September 18, 2013

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM), SINTOK, KEDAH

LAPORAN KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM), SINTOK, KEDAH
Sukacita  dimaklumkan  bahawa kejohanan  tersebut  telah diadakan di Padang Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah pada 4 hingga 8 September 2013. Kejohanan ini merupakan kejohanan  tahunan yang  berprestij dimana setiap tahun ianya diadakan di utara tanahair dan telah mendapat  sambutan  terhebat dari semua negeri  di Malaysia.
PENYERTAAN
2.             Seramai  5 pemanah dan seorang pegawai telah membawa cabaran negeri  Melaka. Mereka bertanding dalam semua kategori yang dipertandingkan iaitu acara  Recurve Lelaki(Individu), Recurve Wanita(Individu), Compound Lelaki (Berpasukan) dan Compound Wanita (Individu). Juga Acara Berpasukan Campuran Compound dan Recurve. Mereka terdiri daripada :
                1.En Zainuddin Bin Talib                                      -               Pengurus/Jurulatih
                2.Muhd Juwaidi Bin Marzuki                                 -               Atlit Compound
                3.Muhd Fazreen Bin Fadly                                   -               Atlit Compound
                4.Muhd Nor Faiz Bin Abd Aziz                             -               Atlit Compound
                5..Ong Min Min                                                    -               Atlit Compound
                6.Ahmad Farid Bin Rasdi                                      -               Atlit Recurve
                7.Komaleswari Nair A/P Baskaran Nair                  -               Atlit Compound

PENCAPAIAN
3.             Kejohanan diadakan dalam format Double 50M dan 70M & Pusingan Olimpik. Setiap pemanah akan menghabiskan sebanyak 72 pamanan dan seterusnya kepusingan kalah mati (Olimpik).
Bagi acara Compound individu lelaki dipusingan pertama 50 Meter kejohanan, pemanah harapan Melaka iaitu Muhammad Juwaidi sekadar mampu menduduki tempat ke 12, Muhd Nor Faiz ke-20 manakala Muhamad Fazreen ke-23. Di pusingan kedua 50M Muhammad Fazreen telah membuat kejutan dengan merampas tempat pertama dengan pungutan sejumlah 342 berjaya mengalahkan kesemua pemanah-pemanah kebangsaan manakala Muhd Juwaidi berad din tempat ke-11 dan Muhd Nor faiz berada ditempat ke-27 daripada seramai 61 peserta lelaki.
Bagi kategori Compound wanita, Ong Min Min Berjaya menempatkan diri dalam kelimpok 10 terbaik dengan menduduki tempoat ke-7 dari 27 orang perserta dengan mengutip 318 dan 316 pada jarak 50M.
Saingan bagi kategori Recurve lelaki, Ahmad Farid Rasdi sekadar menduduki  kedudukan tempat ke-43 daripada 83 orang pemanah recurve lelaki yang bertanding manakala pemanah pelapis Melaka Komaleswary sekadar berada di kedudukan ke-33 daripada 36 pemanah wanita. 
Pada pusingan Olimpik, Muhd Juwaidi telah memberi saingan untuk terus mara di peringkat separuh akhir malangnya tewas tipis ditangan pemanah ATM dengan 141/142 cuma perbezaan 1 mata manakala Ong Min Min juga tewas dengan 1 mata 137/138 ditangan pemanah Perak diperingkat suku akhir. Pemanah Muhd Fazreen juga tewas diperingkat suku akhir kepada pemanah dari UPM dengan jumlah mata 132/142 dan pemanah Muhd Nor Faiz tewas kepada pemanah Paralimpik dengan perbezaan 10 mata. Untuk kategori Olimpik Recurve lelaki mereka terpaksa bersaing dengan ramai pemanah-pemanah kebangsaan yang rata-rata lebih  berpengalaman. Ahmad Farid tewas diperingkat sukuakhir kepada pemanah Selangor manakala Komaleswary kalah diperingkat 1/32 kepada pemanah Tentera Darat (ATM).
ULASAN
5.             Kejohanan ini adalah kejohanan amat berprestij dengan mengambil kira penyertaan sejumlah 229 pemanah dari seluruh negeri. Dengan penyertaan yang kecil kita sasarkan hanyalah kepada pasukan compound yang nampak banyak peningkatan dan dikira ujian setelah lama tidak mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat kebangsaan. Dengan keputusan ini dikira ianya satu petanda yang positif dalam peningkatan prestasi atlit Negeri Melaka dalam persaingan diperingkat kebangsaan dan persaingan dikejohanan Sukma yang bakal berlangsung pada tahun 2014. Adalah  satu cabaran kepada para pemanah Melaka untuk bersaingan dengan atlit senior nyang merebut tempat mewakili Negara untuk Sukan SEA yang diambil kira dalam kejohanan ini dan kejohanan kebangsaan di Negeri Terengganu bulan Oktober ini.
Walaubagaimana pun sekalung tahniah kepada pemanah Muhammad Juwaidi Marzuki dan Muhd Fazreen juga Ong Min Min kerana berjaya mencatatkan keputusan yang amat baik walau mempunyai jadual latihan yang terhad untuk latihan memandangkan komitmen sebagai pelajar kolej diKuala Lumpur. Walau bagaimana pun terasa sedikit kehampaan dengan ketiadaan pemanah harapan wanita recurve seperti Nur Atiqah, Nurul Ain dan Nur Fadillah yang tidak dapat turut serta atas masalah pengajian.
Terima kasih pada semua yang terlibat terutamanya Majlis Sukan Negeri Melaka dan Persatuan Memanah Negeri Melaka juga sekalung tahniah kepada yang telah berjaya memberi saingan yang cukup terbaik.
Sekian,Terima kasih

--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

No comments:

Post a Comment