Tuesday, September 24, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (22 SEPTEMBER 2013)

Sukan  : Memanah
Tempat : Lapang Sasar Ayer Keroh, Melaka
Tarikh  : 22 September 2013 (Ahad)
Masa   : 11.30 pagi

Kehadiran : 
- En. Zainuddin Talib (JPM)
- Cik Nor Fazlin Husin (JSM)
- Cik Nor Ain Yunos (JSM) After School Program

Atlet : 16 orang (9 orang atlet pelapis dan 7 orang atlet After School Program)


Laporan :

- Latihan sesi pagi dijalankan bermula pada jam 8.30 pagi - 1 ptg dan sesi petang pada 4.00 ptg - 7.00 ptg.
- Perbincangan mengenai perancangan program bersama 3 jurulatih mengenai program latihan, kejohanan, keperluan peralatan latihan dan pertandingan dan latihan di Gim menggunakan khidmat ISN Melaka.
- Antara aktiviti bulan Oktober 2013
     # Cadangan Kejohanan Antara Zon Selatan di Melaka pada 18-20 Oktober 2013
     # Akan menyertai Kejohanan Memanah Sirkit Pertama dan Terbuka PKS UNiSZA, Terengganu pada 23-27 Oktober 2013
     # Mengadakan Klinik bersama peserta Orang Upaya (OKU) anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan menggunkan kepakaran jurulatih dan atlet pelapis. Program ini diadakan pada 23-24 September 2013 bertempat di KOmpleks Belia dan Sukan dan Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh, Melaka Seramai 30 orang peserta terlibat.
    # Jurulatih menyertai Kejohanan Memanah Terbuka Thailand pada 4-9 November 2013
    # Jurulatih jugan menyertai Kejohanan Memanah Indoor Terbuka Sarawak pada 15-21 November 2013
    # Telent Scoring akan diadakan berterusan pada setiap bulan kepada semua atlet memanah
    # Latihan Gim diadakan setiap hari Rabu.
    # Pembelian peralatan Memanah bagi SUKMA Perlis akan dibuka tender kerana melibatkan pembelian yang banyak.
    # Latihan After School program berjalan dengan baik seramai 13 atlet telah terpilih dalam program pada tahun ini. 
    # Program TalentSport anjuran Bahagian Acara Majlis Sukan Negara akan dilaksankan di Melaka pada 23-27 November 2013 melibatkan sukan memanah, sepaktakraw, menembak dan olahraga.


Sekian.


--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

No comments:

Post a Comment