Wednesday, September 25, 2013

LAPORAN KLINIK MEMANAH OKU ZON SELATAN (24 SEPTEMBER 2013)

Sukan  : Memanah
Tempat : Lapang Sasar Memanah, Ayer Keroh, Melaka
Tarikh   : 24 September 2013
Masa    : 4.00 petang



LAPORAN KLINIK MEMANAH OKU ZON SELATAN
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengadakan Program Klinik Memanah Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Zon Selatan yang telah diadakan selama 2 hari pada 23-24 September 2013 bertempat di Lapang Sasar Memanah Ayer Keroh, Melaka.
Seramai 30 peserta yang mengambil bahagian dalam program tersebut melibatkan Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Bahru. Program klinik tersebut telah dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Memanah Pelapis Majlis Sukan Negeri Melaka iaitu En. Zainuddin bin Talib dengan dibantu pembantu jurulatih dan atlet pelapis Negeri Melaka.
Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang telah bertanding dalam kejohanan mini yang di buat oleh pihak penganjur selepas klinik selesai diadakan.
Sekian.

LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA

No comments:

Post a Comment