Thursday, September 08, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN SKUASY (2 SEPTEMBER 2016)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Skuasy

TARIKH : 2 September 2016 (Jumaat)

MASA : 5.20 petang

TEMPAT : Kompleks Skuasy Hang Jebat, Melaka

KEHADIRAN :

1. JPM - 1 orang
2. Atlet - 5 orang


LATIHAN : 

1. Court run / latihan fizikal / shuttle run
2. Ghosting 10 set

UJIAN : -TIADA-

PERTANDINGAN : -TIADA-

KECEDERAAN : -TIADA-

PERALATAN : - TIADA-

PROGRAM BINAAN : -TIADA-


ULASAN :

1. Makluman tiada elektrik selepas cuti hari kemerdekaan lepas dan latihan tidak dapat dijalankan kerana pihak Perbadanan Stadium tidak membenarkan atlet masuk ke court. Sehingga hari ini latihan fizikal sahaja dijalankan di perkarangan kompleks skuasy. Isu tersebut telah dipanjangkan kepada pihak perbadanan dan Pengarah MSNM untuk tindakan lanjut.

2. Perbincangan bersama jurulatih dan membuat kelas psikologi pada Khamis depan bersama pihak ISN Melaka sebagai inisiatif latihan.

3. Atlet pelapis elit berlatih di court Tiara Hotel bersama JLN sebagai satu inisiatif lain bagi persediaan atlet yang akan menyertai Kejohanan Skuasy CIMB 23rd Foundation Asian Junior 2016, Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 September 2016. Seramai 4 orang atlet negeri ini terpilih untuk kejohanan tersebut.

4. Perbincangan bersama JPM untuk bersama-sama hadir perjumpaan dengan pihak Malaysian Squash Network pada hari Rabu hadapan bagi membincangkan promosi sukan skuasy di negeri ini.

5. Makluman Kursus WSF Level 1 Refresher, Tutor Refresher dan Coaching no.4 akan dijalankan di negeri ini pada 3 hingga 7 Oktober 2016.


Laporan disediakan oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Skuasy

-------------------------------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment