Wednesday, September 28, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (27 SEPTEMBER 2016)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Angkat Berat

TARIKH : 27 September 2016 (Selasa)

MASA : 6.20 petang

TEMPAT : Dewan MSNM (SSN Seri Kota), Ayer Leleh Melaka

KEHADIRAN : 
1. JSM - 1 orang
2. Atlet - 6 orang

LATIHAN : 
1. Power snatch
2. Power Clean Jerk
3. Back Squat

UJIAN : -TIADA-

PERTANDINGAN : -TIADA-

KECEDERAAN : -TIADA-

PERALATAN : 
1. Keperluan serbuk kaca, disc dan platform.

PROGRAM BINAAN : -TIADA-

ULASAN

1. Perbincangan bagi menjalankan klinik pengenalan pada Oktober 2016 di sekolah sekitar PLN. Surat jemputan akan diedarkan kepada sekolah-sekolah yang dicadangkan jurulatih.

2. Perancangan bagi mengadakan perjumpaan bersama semua jurulatih untuk penstrukturan semula PLN dan PLD sedia ada bersama Ketua Unit pada awal Oktober 2016 sebelum mesyuarat JKK bil 2/2016 yang dicadang untuk diadakan pada 19 Oktober 2016.

3. Makluman pembabitan dan pameran sukan angkat berat semasa Hari Sukan Negara pada 8 Oktober 2016 di Stadium Jasin.

4. PLN masih dalam proses mengecat dan hampir 95% siap dan peralatan sedia ada akan dipindahkan semula.

5. Memohon kepada pihak pentadbiran MSNM agar Dewan MSNM (SSN Seri Kota) dapat dibaikpulih dan penambahan lampu limpah memandangkan latihan dijalankan dalam keadaan samar.


Disediakan Oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat 


No comments:

Post a Comment