Monday, September 26, 2016

LAPORAN PERBINCANGAN LANJUT PEMBANGUNAN SUKAN ANGKAT BERAT PLD JASIN DI SJK(T) JASIN (26 SEPTEMBER 2016)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Angkat Berat

TARIKH : 26 September 2016 (Isnin)

MASA : 10.30 pagi

TEMPAT : Pejabat SJK(T), Jasin

KEHADIRAN : 
1. SDO
2. Jurulatih - 1 orang
3. Guru Besar 
4. GPK Ko-Ku
5. GPK HEM

LATIHAN : -TIADA-

UJIAN : -TIADA-

PERTANDINGAN : -TIADA-

KECEDERAAN : -TIADA-

PERALATAN : -TIADA-

PROGRAM BINAAN : -TIADA-

ULASAN

1. Makluman perjumpaan dan perbincangan lanjut susulan pencarian bakat bagi sukan angkat berat yang telah dijalankan pada 27 Mei 2016 yang lepas.

2. Memberi taklimat lanjut berkenaan program pelapis, hala tuju dan penempatan latihan sementara di kawasan sekolah dan mendapatkan persetujuan serta penyerahan surat kebenaran ibubapa dan borang maklumat peserta turut diedarkan kepada pihak sekolah.

3. Hasil perbincangan dan persetujuan, latihan sementara bagi pengenalan kepada atlet baru akan dijalankan selama 2 bulan (Oktober-November) di perkarangan sekolah dan latihan selanjutnya akan berpindah ke PLD sedia ada bagi murid tahun 5 dan 6 bergantung kepada kebenaran ibubapa dan isu pengangkutan.

4. Latihan pengenalan sementara ini akan dijalankan setiap Isnin dan Selasa bermula jam 2.00 hingga 4.00 petang.

Disediakan oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat


No comments:

Post a Comment