Monday, September 26, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN DAN LATIHAN SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA MELAKA KE 51, KRUBONG (23 SEPTEMBER 2016)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : Olahraga

TARIKH : 23 September 2016 (Jumaat)

MASA : 5.00 petang

TEMPAT : Bilik Mesyuarat Pusat Akuatik Hang Jebat Krubong & Padang 10

KEHADIRAN : 

1) Persatuan Olahraga Melaka
2) 22 pengurus pasukan
3) Urusetia dan teknikal

LATIHAN : 

1. Jogging

UJIAN : 
-TIADA-


PERTANDINGAN : 

1. Kejohanan Olahraga Terbuka Melaka ke 51, 2016, Stadium Hang Jebat Krubong Melaka.

KECEDERAAN : 
-TIADA-

PERALATAN : 
-TIADA-

PROGRAM BINAAN : 
-TIADA-

ULASAN :

1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden persatuan dan dibentang oleh Setiausaha Kehormat berkenaan penyertaan / pembatalan /penambahan / undang-undang kejohanan dan perubahan waktu acara kepada semua pengurus pasukan terlibat.

2. Makluman seramai 312 orang atlet menyertai kejohanan ini termasuk atlet daripada Nanyang Politeknik Singapura.

3. Acara padang akan dijalankan di Padang 10, Krubong dan atlet menjalankan latihan pada hari ini di padang tersebut memandangkan stadium digunakan untuk kejohanan bola sepak.

4. Keputusan masa pada kejohanan ini menggunakan stopwatch / hand timing.

Disediakan oleh,
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Olahraga



No comments:

Post a Comment