Wednesday, December 03, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH (3/12/2014)

Sukan : Memanah Tempat : Lapangsasar Memanah Ayer Keroh, Melaka
Tarikh : 3 Disember 2014
Masa :  9.00 Pagi


Kehadiran :
1. Coach zainuddin bin Talib (JPM)
2. Coach Juwaidi (JSM lantikan dibawah MSN Melaka)
3.. 11 Orang Atlet (5 wanita dan 6 lelaki)


Laporan :

- Atlet telah menjalani latihan pada sesi pagi dan petang selama seminggu bagi  persiapan menyertai Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 3/2014 yang akan diadakan pada 9 hingga 13 Disember 2014 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

- Perjumpaan atlet dibuat bagi memaklumkan program yang disertai bagi bulan Disember 2014 iaitu Kejohanan Memanah Kebangsaan, Kem Program Penggalakkan Sukan (PPS) di Gambang, Pahang dan Kem  Memanah T20 juga diadakan di Gambang, Pahang.

- Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan Pusat Latihan terutama setor dan kabin tempat penyimpanan peralatan-peralatan memanah. Membersihan telah dilaksanakan dengan keadaan di pusat latihan kini dalam keadaan bersih dan selesa untuk digunakan.


Sekian, terima kasih

--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

No comments:

Post a Comment