Friday, November 28, 2014

LAPORAN LATIHAN TINDIK (ATTACHMENT) SUKAN MENEMBAK BERSAMA NEGERI SELANGOR / WILAYAH PERSEKUTUAN / NEGERI SEMBILAN / MELAKA (HARI KEDUA / AKHIR)

Tarikh : 27 November 2014 (Khamis)
Tempat : Lapangsasar Menembak Subang, Selangor

LAPORAN

Merupakan hari kedua / akhir bagi sesi latihan tindik bersama negeri Selangor / Melaka / Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan sesi 2014. Aktiviti hari ini diisi dengan mini game bagi setiap negeri dengan tembakan 40 butir setiap atlet.

Markah dikira oleh jurulatih masing-masing dan perjumpaan dan perbincangan diadakan diantara jurulatih dan atlet untuk melihat kembali untuk meminimumkan kesilapan yang dibuat setiap atlet.

Menjelang tengah hari, turut hadir, Ketua Unit Selangor, Pn. Zie Ileana Izra bte Ujang yang turut ditemani  En. Norazizam b Mohammad Nor, PPN USPTN Selangor untuk melihat perjalanan latihan tindik seterusnya menutup latihan tindik tersebut.

Sekian.

No comments:

Post a Comment