Wednesday, December 03, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014, PAHANG (HARI PERTAMA DAN KEDUA)

Tarikh : 1 dan 2 Disember 2014 ( Isnin dan Selasa)
Tempat : Lapangsasar Menembak SUKPA, Pahang

LAPORAN

Kejohanan ini merupakan kali ketiga dijalankan selepas Terengganu dan Batu Pahat. Kejohanan kali ini mendapat penyertaan atlet seramai 104 orang dari seluruh Malaysia dengan pembahagian 51 orang atlet rifle dan 53 orang atlet pistol.

Atlet Melaka telah menghantar wakil seramai 6 orang atlet, 2 pegawai dan 2 orang jurulatih.

Acara pertama merupakan air rifle lelaki pada 2 Disember diikuti dengan acara final dan 3 Disember acara rifle wanita, 4 Disember acara pistol lelaki dan wanita dan final pada hari Jumaat bersamaan 5 Disember 2014.

Bagi acara rifle lelaki, negeri Melaka mendapat tempat ke 6 keseluruhan individu dan ke 5 berkumpulan.

Sekian

No comments:

Post a Comment