Monday, December 15, 2014

LAPORAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 3/2014, PAHANG (HARI KETIGA HINGGA KELIMA)

Tarikh : 3 hingga 5 Disember 2014
Tempat : Lapangsasar Menembak SUKPA, Pahang

LAPORAN

Acara 10m Air Pistol Lelaki dan Air Pistol Wanita telah dijalankan pada hari ketiga dan keempat. Manakala acara akhir keduanya telah dijalankan pada hari terakhir kejohanan sebelum atlet berangkat pulang ke negeri masing-masing.

Majlis penyampaian hadiah bagi acara 10m Air Rifle Lelaki dan Wanita telah dijalakan pada hari kedua kejohanan manakala acara Pistol dijalankan pada hari akhir dan telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Menembak Negeri Pahang.

Melaka tidak membawa pulang sebarang pingat namun telah melayakkan diri ke pusingan akhir dan mendapat tempat ke enam bagi acara air rifle lelaki iaitu adik Izzul Hazmi bin Rosli.

Sekian.

No comments:

Post a Comment