Friday, December 19, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN SEPAKTAKRAW (16/12-2014)

Sukan : Sepaktakraw
Tempat : Dewan MSN Seri Kota, Melaka
Tarikh : 16 Disember 2014
Masa : 8.30 - 11.30 mlm

Kehadiran :
- Abu Basrah Ahmad (JSM)
- Hj. Zulkifli bin Mohamed
- Mohd Zaidi bin Mohamed

 - 22 atlet pelapis dan senior


LAPORAN :

- Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet membincangkan persiapan pasukan Melaka bagi menyertai Kejohanan Sepaktakraw Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2014 pada 21-24 Disember 2014  di Seremban, Negeri Sembilan dan Kejohanan Sepak Takraw League (STL) yang akan diadakan pada 27-29 Disember 2014 di Dewan MBMB Bukit Serindit, Melaka.

- Atlet-atlet yang dipanggil menjalani latihan sejak seminggu lepas telah memberi komitmen yang baik dan perjalanan latihan berjalan dengan baik dan lancar. Atlet tersebut dipilih daripada Kejohanan Terbuka Melaka  yang telah dianjurkan oleh Persatuan Sepaktakraw Negeri Melaka dengan Kerjasama MSN Melaka pada 7-8 Disember yang lalu.


Sekian, terima kasih.




Sent from my iPhone


--
--
--
LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
ARAS BAWAH, STADIUM HANG JEBAT
PAYA RUMPUT KRUBONG, 75260 MELAKA.

No comments:

Post a Comment