Thursday, December 18, 2014

LAPORAN KEM SEMARAK JATI DIRI ATLET USPTN 2014 (12 - 14 DISEMBER 2014)

Tarikh : 12 hingga 14 Disember 2014
Tempat : Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan), Port Dickson

LAPORAN

Kem Semarak Jati Diri Atlet USPTN 2014 menggabungkan atlet-atlet dari negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan yang berkampung selama 3 hari 2 malam di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan), Port Dickson Negeri Sembilan.

Jumlah atlet seramai 148 orang yang membabitkan pelbagai jenis sukan berkumpul bersama bagi menjayakan kem tersebut. Jumlah pegawai seramai 34 orang termasuk fasilitator yang memastikan perjalanan program lancar.

Pelbagai modul dan aktiviti yang diterapkan dan diaplikasikan kepada atlet-atlet yang terlibat antaranya jungle trekking, abseiling, semarak kreativiti kumpulan, sesi burung hantu dan mini explorace.

Matlamat kem juga bertujuan untuk meningkatkan semangat sepasukan atlet dalam kerjasama dalam pasukan, perkongsian ilmu dan pengalaman baru, persahabatan,strategi berfikir dan menguji tahap keyakinan untuk berdepan dengan cabaran dalam sukan masing-masing. Atlet juga dipupuk agar lebih prihatin dan berdisiplin dengan diri sendiri.

Majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah Cawangan Pelapis, Encik Jefri bin Ngadirin yang sudi hadir pada 12 Disember 2014. Majlis penutup juga disajikan dengan persembahan bersemangat dan bertenaga oleh para atlet. Atlet diberi peluang menjadi pengacara majlis dan ketua wakil atlet diberikan peluang untuk memberi ucapan semasa majlis penutup tersebut. 

Selepas menjamu makan tengah hari, atlet bersurai dan pulang ke negeri masing-masing.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment