Wednesday, November 19, 2014

LAPORAN PROGRAM TALENTSPOT SUKAN MENEMBAK 2014 (HARI PERTAMA)

Tarikh : 10 November 2014 ( Isnin)

Tempat : World Youth Hotel, Ayer Keroh

LAPORAN

Program Talentspot Sukan Menembak 2014 telah 'berkampung' di World Youth Hotel, Ayer Keroh dan Lapangsasar Menembak Ayer Keroh pada 10-12 November 2014. Program yang julung kali diadakan secara besar-besaran anjuran Cawangan Acara Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara/ USPTN dan Majlis Sukan Negeri Melaka telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari sekolah-sekolah yang berdekatan dengan pusat latihan negeri.

Program ini memberi pendedahan awal peserta untuk pengenalan sukan pada peribgkat akar umbi.

Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada murid tahun enam dan 15 orang termasuk pegawai/jurulatih/urusetia memeriahkan program ini.

Program bermula pada jam 3.00 petang dengan sesi pendaftaran peserta dan sesi taklimat oleh Ketua Unit USPTN Melaka, Encik Mohammad Zaki bin Zainal Abidin pada sebelah petang. Seterusnya taklimat mengenai program dan jadual oleh SDO, En.Muhammad Hafiz bin Deli.

Sesi malam diteruskan dengan pengenalan dan ceramah 'Fisiologi' oleh pegawai ISN Melaka.

Sekian.

No comments:

Post a Comment