Tuesday, November 25, 2014

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS ANTARA ZON (PUSINGAN AKHIR) SUKAN MENEMBAK


Tarikh : 13 hingga 16 November 2014
Tempat : Lapangsasar Menembak SUKPA, Pahang
Sukan : Menembak

LAPORAN

Telah dijalankan Kejohanan Antara Zon (Pusingan Akhir) bagi 8 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Memanah, Menembak, Tinju, Terjun, Sepaktakraw, Gimnastik Artistik dan Olahraga di Kuantan Pahang di mana semua negeri telah turun berkampung selama 4 hari 3 malam di sekitar Kuantan, Pahang.

Negeri Melaka telah menghantar atlet bagi sukan Angkat Berat, Memanah, Menembak, Tinju, Sepaktakraw, Gimnastik Artistik dan Olahraga bagi siri akhir ini. 

Sukan menembak telah menghantar seramai 8 orang atlet untuk mewakili zon selatan pada sesi akhir ini. Terdapat 5 zon bertanding (Zon Utara, Timur, Tengah, Selatan dan Borneo) dipertemukan di Kuantan pada sesi akhir ini yang merupakan julung kali diadakan untuk atlet merasai kejohanan peringkat kebangsaan.

Atlet menembak berjaya membawa pulang 4 gangsa (1 individu, 3 berkumpulan).Tahniah diucapkan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment