Monday, November 03, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN MEMANAH DAN PPS (1/11/2014)

Sukan : Memanah
Tempat : Lapangsasar Memanah Ayer Keroh
Tarikh. : 1 November 2014
Masa : 9.30 pagi

KEHADIRAN :

Jurulatih:
1. Coach Zainuddin bin Talib (JPM)
2. Coach Zulaikha binti Husin (JSM) PPS

Atlet:
1. Atlet Pelapis 8 orang
2. Atlet Program Penggalakkan Sukan 7 orang


LAPORAN :

Perjumpaan bersama jurulatih dan atlet bagi membincang program bagi bulan November 2014 mengenai beberapa perkara seperti berikut :

a) Kem Bakat Pelapis Sukan Memanah Siri 2/2014 pada 6 hingga 12 November 2014 di Kompleks Sukan MSNM Keramat, Kuala Lumpur. 2 orang atlet wanita terlibat iaitu Norika dan Khairunisa dalam acara recurve. Jurulatih Penuh Masa coach Zainuddin Talib juga terlibat dalam program tersebut.

b) Persiapan bagi Kejohanan Pelapis Grand Final Peringkat Zon 2014 yang akan diadakan pada 13 hingga 16 November 2014 di Kuantan, Pahang. Kontinjen Melaka menghantar seramai 86 orang peserta melibatkan pegawai, jurulatih dan atlet. Sukan yang terlibat sukan memanah, angkat berat, tinju, menembak, olahraga dan gimnastik artistik.

c) Bengkel Periodisasi bagi semua jurulatih di bawah MSN Negeri Melaka dan jurulatih di bawah Progam Pembangunan USPTN Melaka yang akan diadakan pada 22 November 2014 di ISN Melaka, Stadium Hang Jebat, Melaka.

d) Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2014 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 November 2014 di Kompleks Sukan MSNM Keramat, Kuala Lumpur.

e) Membingcang mengenai perletakkan peralatan-peralatan SUKMA Melaka agar peralatan tersebut ditempatkan dalam keadaan yang baik dan tersusun.

f) Mengadakan gotong royong mengemas semula setor di pusat latihan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan barang di susun dengan baik.

g) Mengambil semua gambar peralatan SUKMA Melaka 2010 yang kini berada di Pusat Latihan.

Latihan memanah dijalankan bersama dengan program pelapis dan program penggalakkan sukan (PPS) di lapangsasar memanah Ayer Keroh, Melaka.

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment