Wednesday, November 19, 2014

LAPORAN PROGRAM TALENTSPOT SUKAN MENEMBAK 2014 ( HARI KEDUA)

Tarikh : 11 November 2014 (Selasa)

Tempat : Dewan Badminton MSNM / Lapangsasar Menembak Ayer Keroh / Dewan Ballroom World Youth Hotel

LAPORAN

Pada hari kedua program, aktiviti diisi dengan pengenalan dan praktikal 'Fitness Test' kepada semua peserta yang dipandu oleh pasukan 'Team TID ISN' yang didatangi khas dari Bukit Jalil untuk membantu peserta dengan mengambil data dan ujian- ujian tertentu.

Seterusnya peserta di bawa ke Lapangsasar untuk mengambil tekanan nadi yang dijalankan oleh JPM dan ujian penglihatan mata oleh urusetia menembak di lapangsasar 10 meter.

Sesi bersama ikon dijalankan pada sesi petang. Ikon, Azlan Johari merupakan jemputan bagi pengenalan acara Air Rifle. Peserta dimaklumkan dengan pengalaman ikon, pengenalan peralatan dan demonstrasi menembak malahan peserta turut dibantu ikon dalam sesi praktikal dan mini kejohanan yang dijalankan.

Turut sama hadir ketika sesi bersama ikon, iaitu pihak polis dari IPK bagi memantau perjalanan program.

Sesi malam diisi dengan ceramah 'conditioning' bersama pegawai ISN Melaka.

No comments:

Post a Comment