Wednesday, October 26, 2016

LAPORAN KLINIK PENGENALAN SUKAN MENEMBAK (22 OKTOBER 2016)

LAPORAN PEMANTAUAN & PROGRAM BINAAN

SUKAN : Menembak

TARIKH : 22 Oktober 2016

MASA : 9.00 pagi – 4.00 ptg

TEMPAT : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh, Melaka

KEHADIRAN :
1. Ketua Unit USPTN - En. Mohammad Zaki
2. PPN - 1 orang - Lutfi bin Asiman
2. JPM - 1 orang - En. Subari Ariffin
3. JSM – 1 orang – En. Maidin Md Dan
3. Ibu Bapa – 30 orang
4. Atlet Pelapis - 11 orang
5. Murid : 42 orang

LATIHAN
 1.   Latihan air rifle dan air pistol menggunakan scatt.

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Menjadi tuan rumah bagi Karnival Bakat Siri 3/2016 akan diadakan pada 30 Nov - 3 Dis 2016 di Melaka.

- Menyertai Kejohanan Menembak 10 Meter Antara Universiti Jemputan Kebangsaan 2016 pada 23 - 27 November 2016 di LapangsasarMenembak 10 Meter Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

KECEDERAAN
 - Tiada

PERALATAN
 - Tiada

PROGRAM BINAAN 
- Mengadakan klinik menembak pada 22 Oktober 2016 (Sabtu) di Lapangsasar Menembak Ayer Keroh, Melaka. Atlet yang terpilih seramai 69 orang, yang dipilih melalui TID yang telah dijalankan ke sekolah-sekolah pada 4-12 Oktober yang lalu melibatkan 7 buah sekolah yang berdekatan dengan Pusat Latihan Menembak Negeri Melaka.

-  Kehadiran peserta klinik seramai 42 orang daripada 69 peserta yang dijemput. Pemilihan telah dibuat dan hanya seramai 13 peserta yang terpilih mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh pihak jurulatih. 13 peserta ini akan diberi surat tawaran kemasukan dalam program Pelapis Negeri Melaka bagi tahun 2017 nanti.

- Pihak ibu bapa yang hadir turut diberi peluang untuk mencuba menembak menggunakan mesin scatt dan pihak ibu bapa amat berpuas hati dengan program klinik yang telah dilaksanakan.

-   Semua peserta dan ibu bapa telah diberi tunjur ajar mengenai sukan menembak dan telah diberi penerangan mengenai Program Pelapis Sukan Menembak, Majlis Sukan Negara Malaysia.

-   Atlet pelapis turut memain peranan dengan memberi tunjuk ajar kepada semua peserta.. Pihak peserta turut dapat melihat atlet-atlet pelapis menjalani latihan harian dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih


LUTFI BIN ASIMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI MELAKA
MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA



No comments:

Post a Comment