Sunday, September 23, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN BOLING PADANG (20 SEPTEMBER 2012)

PEMANTAUAN SUKAN BOLING PADANG

Tarikh   :  20 September 2012
Masa     : 6.00pm
Tempat : PLN Gelanggang Lawn Bowls, Pusat Sukan Hang Jebat, Cheng, Melaka.

KEHADIRAN

1. Coach Rozali bin Md. Nor - JSM
2. Atlet - 7 Atlet , 4 Atlet (L) , 3 Atlet (P)

Latihan yang dijalankan adalah Lawn Bowls Single ( latihan biasa ). Kejohanan yang telah berlangsung iaitu Kejohanan Lawn Bowls Mixed Triples anjuran UiTM Melaka di Kompleks Boling Padang Stadium Hang Jebat Melaka pada 15 September 2012. Pasukan Lawn Bowls USPTN Melaka (UTEM B) telah mendapat tempat ke-2 (Naib Johan) daripada 8 pasukan yang bertanding. Keputusan di Final berbeza hanya 1 mata dengan pasukan UTEM A ( 8-9 ).Kejohanan yang bakal berlangsung adalah Kejohanan Lawn Bowls Kebangsaan Fours 2012 di Green Lawn Bowls Kangar, Perlis ( 16-19 Oktober 2012 ) dan Pertandingan 'Monthly Medal' Tahun 2012 Persatuan Lawn Bowls Negeri Melaka- Single di Gelanggang Lawn Bowls, Pusat Sukan Hang Jebat, Cheng, Melaka ( Oktober 2012).Program TID ( Program Pengenalan ) dan seterusnya Lawn Bowls Rules akan di jalankan di Pusat Sukan Hang Jebat bawah 12 tahun untuk sekolah-sekolah berdekatan sekitar tempat latihan dalam masa terdekat. Latihan berjalan dengan baik manakala kehadiran agak merosot kerana ada di kalangan atlit yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tahun 2012.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Boling Padang USPTN Melaka
Tarikh : 22/09/2012

No comments:

Post a Comment