Friday, September 28, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (27 SEPTEMBER 2012)

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN WUSHU MELAKA

Tarikh   : 27 September 2012
Masa     : 7.00pm - 9.00pm
Tempat : Pusat Latihan Wushu Dewan SJK (C) Cheng, Melaka.

KEHADIRAN
1. Shi Fufeng - JLN
2. Chai Chin Hin - JSM
3. Atlet - 19 Atlet, 12(L), 7(P)

LATIHAN
1. Latihan Kecergasan Fizikal
2. Latihan Pergerakan Tanpa Senjata
3. Latihan Pergerakan Bersenjata Pendek

PERTANDINGAN
- Seramai 4 orang atlet Wushu Melaka iaitu Tay Ee Xuan, Tammy Tan Hui Ling, Tan Cheong Wan, dan Loh Ying Ting telah menyertai Kejohanan Wushu Remaja Dunia ke-4     pada 17-25 September 2012 di Macau, China lalu.
 Loh Ying Ting telah mendapat pingat Emas manakala Tammy Tan Hui Ling mendapat pingat Gangsa (untuk kategori masing-masing)

KECEDERAAN
- Seorang atlet Wushu Melaka (Si Shin Peng) 10 tahun bersekolah di SJK (C) Malim, Melaka mengalami patah pergelangan tangan sewaktu latihan selepas melakukan lompatan dan terjatuh/ tergelincir ( 14 September 2012 lalu jam lebih kurang 9 malam). Jurulatih telah menghantar atlet ini ke hospital dan telah mendapat rawatan doktor di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka.

PERALATAN
1. Alat bantu latihan tiada ( sparing pad ), chest guard, cover head serta kekurangan punch glove.

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa.
2. Atlet memahami corak latihan yang ingin diterapkan oleh JLN dan JSM buat setakat ini.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Wushu USPTN Melaka
Tarikh : 28/09/2012

No comments:

Post a Comment