Friday, September 28, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PEGAWAI CAWANGAN PELAPIS SERANTAU DI PLN SUKAN MEMANAH (28 SEPTEMBER 2012)

Pemantauan En. Vimalan A/L Palaniappan Pegawai Sukan, Cawangan Pelapis Serantau, Majlis Sukan Negara telah mengunjungi PLN Memanah untuk menyemak peralatan Memanah yang ingin dipinjam bagi digunakan semasa pengelolaan Kejohanan Memanah Jemputan Antarabangsa Pelapis Serantau Kali Pertama 2012 akan berlangsung pada ketetapan berikut :

ACARA      -  KEJOHANAN MEMANAH JEMPUTAN ANTARABNGSA PELAPIS SERANTAU
TARIKH     -  9 - 15 OKTOBER 2012 
TEMPAT    -  JOHOR BAHRU, JOHOR
PASUKAN JEMPUTAN - SINGAPURA, TAIWAN, AUSTRALIA, INDONESIA, MYANMAR

PASUKAN TEMPATAN - ELIT KEBANGSAAN, PELAPIS KEBANGSAAN, PELAPIS SERANTAU, MASUM & ATM

Untuk makluman tuan/puan, Unit Pelapis Negeri akan menghantar 2 pasukan (Pasukan PLN & Pasukan YOG) untuk menyertai kejohanan tersebut dan seramai 12 atlet dan 2 jurulatih telah terpilih untuk mewakili dua (2) pasukan ini. Berdasarkan kepada perkara ini, pihak Cawangan telah bercadang untuk mengumpulkan kesemua 12 atlet bersama 4 jurulatih dan 1 Pengurus Pasukan ini bagi menjalani latihan pusat secara bersama dan sepasukan sebelum menyertai kejohanan ini. Pusat Latihan akan di adakan pada ketetapan berikut:
ACARA - LATIHAN PUSAT 
TARIKH - 1 - 8 OKTOBER 2012 

TEMPAT - AKADEMI SERANTAU ZON SELATAN (ASZS), JOHOR BAHRU.

Sekian,
Laporan dari Lutfi Asiman
PPN Memanah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment