Friday, September 14, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU (9 SEPTEMBER 2012)

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN WUSHU MELAKA

Tarikh   : 09 September 2012
Masa     : 8.00am- 11.00am
Tempat : Pusat Latihan Wushu Dewan SJK (C) Cheng, Melaka.

Latihan di hadiri oleh Shi Fufeng - JLN, Chai Chin Hin - JSM dan atlet seramai 26 orang.Latihan yang dijalankan adalah Latihan Kecergasan Fizikal, Latihan Pergerakan Tanpa Senjata, Latihan Pergerakan Bersenjata Pendek dan Latihan Pergerakan Bersenjata Panjang. Seramai 4 orang atlet Wushu Melaka iaitu Tay Ee Xuan, Tammy Tan Hui Ling, Tan Cheong Wan, dan Loh Ying Ting akan menyertai Kejohanan Wushu Remaja Dunia ke-4 pada 17-25 September 2012 di Macau, China dan menjalani latihan pusat di Kompleks Sukan Bukit Jalil mulai 27 Ogos hingga 16 September 2012. Antara peralatan yang diperlukan seperti sparing pad, chest guard, cover head serta kekurangan punch glove. Latihan berjalan dengan lancar dan baik. JSM Chai Chin Chay mengadakan TID di SJK (C) WEN HUA, Batu Berendam pada hari Isnin dan Khamis. Atlet memahami corak latihan yang ingin diterapkan oleh JLN dan JSM buat setakat ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

Meor Hussein bin Mat Ali
SDO Sukan Wushu USPTN Melaka
Tarikh : 10/09/2012

No comments:

Post a Comment