Friday, May 22, 2015

LAPORAN PENCARIAN BAKAT BARU (TID) DAN KLINIK PENGENALAN ASAS SUKAN ANGKAT BERAT (21 MEI 2015)


LAPORAN PROGRAM BINAAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 21 Mei 2015 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka

Kehadiran :

1. SDO - Noraishah Bte Mohd Jamil
            - Lutfi Bin Asiman
            - 5 orang pelajar praktikal MSN

2. ISN Bukit Jalil & Melaka ( 8 orang termasuk 2 orang praktikal)

3. JSM - 3 orang (2 PLN, 1 PPS Jasin)

4. Atlet/ Urusetia - 4 orang

5. Sekolah Kebangsaan Jasin - 30 orang

6. Sekolah Kebangsaan Air Baruk - 5 orang

7. Sekolah Kebangsaan Kemendor - 20 orang

PROGRAM BINAAN

1. Pencarian bakat baru (TID) dan Klinik Pengenalan Asas Sukan Angkat Berat di Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka pada 21 Mei 2015


ULASAN

Pencarian bakat baru (TID) dan Klinik Pengenalan Asas Sukan Angkat Berat telah dijalankan pada 21 Mei 2015 di Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka yang melibatkan tiga buah sekolah (SK Jasin/ SK Kemendor/ SK Air Baruk) dengan kerjasama ISN Bukit Jalil dan Melaka. 

Program dimulakan dengan ujian kecergasan oleh pihak ISN dan dibantu oleh jurulatih/ atlet/SDO dan pelajar praktikal yang merangkumi tinggi, tinggi duduk, berat, ukur lunjur tangan, lompatan, 20 dan 40 meter speed dan yo-yo test.

Sesi pengenalan / klinik asas dijalankan selepas tamat ujian yo-yo. Taklimat awal berkenaan program telah disampaikan oleh SDO dan sesi pengenalan alatan asas dan latihan diambil alih oleh JSM dan atlet terlibat menunjukkan demo angkatan snatch, clean dan jerk. Pelajar-pelajar yang terlibat pada sesi TID kali ini turut diberikan peluang untuk mencuba secara praktikal dan amali (pendedahan) dengan alatan angkat berat dan sesi soal jawab turut dibuka. 

Program bersurai jam 1.00 tengah hari dengan jamuan kecil.

Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 22 Mei 2015

No comments:

Post a Comment