Thursday, May 07, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN ANGKAT BERAT (5 MEI 2015)

LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN : ANGKAT BERAT

Tarikh : 5 Mei (Selasa)

Masa : 6.00 petang

Tempat : Pusat Latihan Negeri Angkat Berat, Ayer Leleh

Kehadiran :

1. JSM ( 2 orang)

2. Atlet (3 orang)


LATIHAN

1. Snatch 

2. Clean & Jerk

3. Power Back Squat 

4. Power Pull Snatch 


UJIAN

-TIADA-


PERTANDINGAN

-TIADA-


KECEDERAAN

-TIADA-


PERALATAN

1. Banyak plates yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Keperluan tambahan amat diperlukan.

2. Bar sedia ada yang telah banyak berkarat.


PROGRAM BINAAN

1. Pencarian bakat baru (TID) akan dijalankan pada 20 Mei 2015 (merangkumi sekolah berdekatan PLN dan PPS Semabok) dan 21 Mei 2015 (merangkumi sekolah berdekatan dengan PPS Jasin)


ULASAN

1. Latihan dijalankan seperti biasa oleh JSM dan kehadiran atlet seramai 3 orang.

2. Berbincang berkenaan set angkat berat yang dipinjam oleh Negeri Sembilan semasa Kejohanan Interzon Selatan Bil 1/2015 yang lalu masih belum dipulangkan. Perbincangan dengan SDO Negeri Sembilan telah dibuat dan faktor kenderaan menjadi masalah utama set berkenaan tidak dapat dihantar.

3. Berbincang bersama JSM berkenaan status pengawal keselamatan yang sepatutnya mengawal kawasan PLN dan sekitarnya yang jarang / tidak datang bertugas pada masa ditetapkan. Semasa pemantauan dijalankan, tiada kelibat pengawal keselamatan yang hadir.

4. Berbincang berkenaan sekolah-sekolah pilihan oleh JSM untuk program pencarian bakat yang akan dijalankan pada 20 dan 21 Mei 2015 ini dengan kerjasama ISN.


Laporan disediakan oleh :
NORAISHAH BTE MOHD JAMIL
PPN Sukan Angkat Berat Negeri Melaka

Tarikh : 7 Mei 2015

No comments:

Post a Comment