Tuesday, May 19, 2015

LAPORAN MESYUARAT KEPADA PEMENANG PINGAT SUKMA PAHANG 2014 BAGI PERSIAPAN SUKMA SARAWAK 2016 (11 MEI 2015)

Tarikh : 11 Mei 2015 (Isnin)
Tempat : Dewan Zamrud, Tingkat 1, Wisma Negeri, MiTC Melaka
Masa : 2.30 petang

LAPORAN

Satu Mesyuarat Kepada Pemenang pingat SUKMA Pahang 2014 Bagi Persiapan SUKMA Sarawak 2016 telah dijalankan pada Isnin yang lepas dengan kehadiran lebih 40 orang atlet, jurulatih di Dewan Zamrud Wisma Negeri Melaka.

Mesyuarat dijalankan bagi menerangkan program yang diatur kepada pemenang pingat SUKMA Pahang 2014 dan jurulatih yang lalu iaitu "Projek Emas" dan memberi maklumat berkenaan SUKMA Sarawak 2016.

Mesyuarat berakhir jam 4.30 petang dengan sesi soal jawab bersama Pengarah MSN Melaka.

Sekian.  


No comments:

Post a Comment