Tuesday, January 06, 2015

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 2/2014 (HARI KEEMPAT)

Tarikh : 22 Disember 2014 (Isnin)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh / D'Village Resort

LAPORAN

1. Program pada hari ini telah dijalankan pertandingan bagi acara pistol wanita detail 3 dan disambung dengan acara rifle lelaki dan wanita dengan 40 tembakan.

2. Bagi atlet yang telah bertanding semalam, mereka diberikan program latihan pistol dan dilatih oleh En.Baharuddin mengikut program beliau bagi sesi pagi dan petang.

3. Sesi malam disambung dengan ceramah berkenaan asas pemakanan sukan menembak oleh pegawai ISN Satelit Melaka iaitu Cik Yuslina bt Yusof.

4. Demonstrasi bagi membuat air minuman sukan juga diajar kepada atlet dan atlet diberi peluang untuk mencuba hasil air tersebut. Kuiz berkenaan pemakanan juga turut diberikan kepada atlet.

5. Memberi taklimat selanjutnya bagi pergerakan program yang akan berlangsung hari esok iaitu Fitness Test yang akan dikendalikan oleh pihak ISN Bukit Jalil.

Sekian.

No comments:

Post a Comment