Tuesday, January 06, 2015

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 2/2014 ( HARI KEDUA)

Tarikh : 20 Disember 2014 (Sabtu)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh / D'Village Resort

LAPORAN

1. Aktiviti dimulakan dengan perhimpunan pagi pada 6.30 dan diikuti sarapan pagi. Atlet bergerak ke lapangsasar beramai-ramai dan diiringi jurulatih.

2. Pengenalan mengenai penggunaan mesin scatt kepada atlet. Didapati 17 daripada 46 orang atlet tidak pernah menggunakan dan mengetahui mesin scatt. Mereka telah diberi peluang menggunakan scatt yang dibawa oleh beberapa negeri.

3. Setiap atlet diberikan 10 percubaan sighters dan 30 tembakan menggunakan mesin scatt bagi yang tidak membawa senjata manakala atlet yang mempunyai senjata dibenarkan menjalani latihan seperti biasa dengan pengawasan jurulatih sedia ada.

4. Jurulatih PK turut sama membantu atlet dengan mengadakan 'speed test' bagi senjata-senjata yang dibawa negeri dan memperbaiki kadar mengikut spesifikasi yang sepatutnya. Sesi berakhir jam 6.00 petang.

5. Program ceramah bersama pegawai ISN telah dijalankan pada jam 8.30 malam di Dewan Parameswara. Sesi ceramah 'Psikologi Sukan' telah disampaikan oleh Pn.Nor Azura bt Mat Noor tamat pada jam 10.00 malam. Atlet diberi minum malam dan bersurai.

6. Taklimat mengenai program 21 Disember 2014 telah diberikan selepas tamat sesi ceramah bersama Pegawai ISN.

Sekian.

No comments:

Post a Comment