Tuesday, January 06, 2015

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 2/2014 (HARI KETIGA)

Tarikh : 21 Disember 2014 (Ahad)
Tempat : Lapangsasar Menembak Ayer Keroh / Dewan Parameswara

LAPORAN

1. Sesi pagi dimulakan dengan dengan senaman pagi di kawasan hotel.

2. Latihan menggunakan mesin scatt manakala selebihnya tembak menggunakan target dan palet yang diagihkan sehingga tengah hari.

3. Perbincangan bersama jurulatih bagi menjalankan pertandingan pada sesi sebelah petang menggunakan mesin scatt dengan menggunakan senjata milik negeri masing-masing. Atlet diberi 10 minit sighters dan 40 tembakan.

4. Acara pistol lelaki dan wanita dijalankan dahulu pada sesi petang untuk 2 detail, dan detail 3 akan dijalankan bersama acara rifle pada 22 Disember 2014.

5. Sesi malam dijalankan pada 8.30 malam dengan sesi bersama jurulatih PK, En Baharudin dan En Sabki untuk berkongsi maklumat dan pengalaman kepada atlet dalam kepakaran bidang acara masing- masing, hala tuju sukan menembak, peluang dan cabaran.

6. Jurulatih lain pada masa yang sama menghadiri kelas pemantapan penggunaan mesin scatt bersama JLN Victor yang turun dari negeri Johor untuk bersama berkongsi ilmu demi atlet-atlet negeri masing-masing.

Sekian.

No comments:

Post a Comment